Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773249
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Nik Rahimi Nik Yusoff, Prof. Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Norjayah Rekain (P108538) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-03-13T01:51:53Z | - |
dc.date.available | 2024-03-13T01:51:53Z | - |
dc.date.issued | 2023-12-07 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773249 | - |
dc.description.abstract | Pengajaran Terbeza suatu pendekatan pengajaran yang mengambil kira keunikan profil pelajar dari latarbelakang berbeza. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pendekatan Pengajaran Terbeza terhadap penguasaan kemahiran menulis bahasa Arab di Kota Belud, Sabah. Antara masalah yang ketara dalam proses pembelajaran bahasa Arab khususnya kemahiran menulis seperti kesalahan menulis huruf, perkataan (kalimah), Frasa (tarkib) dan menyusun Ayat. Keseluruhan kajian ini menggunakan metod kajian kuantitatif kuasi eksperimen yang dilakukan terhadap pelajar Tahun 4 seramai 38 orang yang terdiri daripada 20 orang pelajar bagi kumpulan kawalan dan 18 orang pelajar bagi kumpulan rawatan sebagai responden. Ujian Penguasaan Kemahiran Menulis Bahasa Arab Tahun 4 digunakan sebagai alat instrumen bagi pengumpulan data. Data yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pasca dianalisis menggunakan ujian statistik non-parametrik. Hasil ujian statistik non-parametrik menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kumpulan rawatan dalam ujian pra dan ujian pasca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sumbangan dalam penguasaan kemahiran menulis bahasa Arab tahun 4 terhadap kumpulan rawatan dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Oleh itu, kajian ini boleh menjadi panduan dan bukti empirikal bahawa Pendekatan Pengajaran Terbeza memberi impak yang tinggi terhadap tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis dan membuktikan murid dapat meningkatkan interaksi dan penglibatan dalam kelas dengan lebih baik. Justeru, mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab yang selama ini dianggap sukar dipelajari. Kajian ini dapat meyakinkan guru untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang meraikan kepelbagaian murid. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Arabic language -- Study and teaching | en_US |
dc.subject | Arabic language -- Writing | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kesan pendekatan pengajaran terbeza terhadap kemahiran menulis bahasa Arab tahun empat | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 154 | en_US |
dc.identifier.callno | PJ6065.N637 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007313 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
KESAN PENDEKATAN PENGAJARAN TERBEZA TERHADAP KEMAHIRAN MENULIS BAHASA ARAB TAHUN EMPAT.pdf Restricted Access | 3.16 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.