Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773246
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Isa Bin Hamzah, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Mohd Zulkifli Baharun (P113313) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-03-13T01:45:28Z | - |
dc.date.available | 2024-03-13T01:45:28Z | - |
dc.date.issued | 2023-12-18 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773246 | - |
dc.description.abstract | Penyoalan Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan satu elemen pedagogi berteraskan kemahiran berfikir yang penting dalam pembentukan modal insan holistik. Guru yang kompeten dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) khususnya kaedah penyoalan KBAT menjadi matlamat sistem pendidikan kebangsaan. Bagaimanapun didapati masih ramai guru pendidikan Islam (GPI) tidak berkemahiran dan mengabaikan teknik penyoalan berkesan. Justeru, pelaksanaan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi GPI dari aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam pelaksanaan penyoalan KBAT di sekolah menengah negeri Melaka. Pengkaji juga ingin melihat perbezaan tahap kompetensi berdasarkan demografi serta hubungan antara tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan terhadap penyoalan KBAT dalam PdPc Pendidikan Islam. Pendekatan kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan adalah reka bentuk kajian dan soal selidik sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Seramai 190 orang GPI dari tiga jenis buah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan kerajaan (SABK) di negeri Melaka menjadi sampel kajian ini. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Scienses (SPSS) versi 28 secara analisis deskriptif iaitu melibatkan nilai min, sisihan piawai, frekuensi dan peratus manakala analisis inferensi pula menggunakan ujian-t, ujian ANOVA sehala dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan pengetahuan dan kemahiran GPI terhadap penyoalan KBAT berada pada tahap tinggi dan tahap amalan pada tahap sederhana tinggi. Ujian-t Sampel Bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan berdasarkan jantina sebaliknya terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan kehadiran kursus KBAT. Analisis Ujian Anova Satu Hala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan berdasarkan umur dan pengalaman mengajar. Namun, terdapat perbezaan yang signifikan hanya dari aspek kemahiran bagi faktor kelayakan akademik dan aspek amalan dan kemahiran bagi faktor jenis sekolah. Di samping itu, Ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan, kemahiran dan amalan terhadap penyoalan KBAT. Implikasi kajian ini dapat memberi panduan kepada guru, pentadbir, PPD, JPN dan kementerian untuk memperkasakan kemahiran pedagogi khususnya teknik penyoalan KBAT agar keberhasilan pelajar dapat dipertingkatkan. Disamping keperluan kepada kursus atau latihan khas dan modul berkaitan pelaksanaan penyoalan KBAT dalam PdPc. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Critical thinking | en_US |
dc.subject | Creative thinking | en_US |
dc.subject | Islamic education | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Kompetensi guru terhadap penyoalan KBAT dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC) Pendidikan Islam sekolah menengah di negeri Melaka/ | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 226 | en_US |
dc.identifier.callno | BF441.M634 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007310 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
KOMPETENSI GURU TERHADAP PENYOALAN KBAT DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI MELAKA.pdf Restricted Access | 5.27 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.