Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773242
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Ashraf Shahidan, Dr.en_US
dc.contributor.advisorRohaya Megat Abdul Wahab, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNurul Hanun Ahmad Raston, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Hanina Izzati Khairol Mokhtar (P97660)en_US
dc.date.accessioned2024-03-13T01:29:23Z-
dc.date.available2024-03-13T01:29:23Z-
dc.date.issued2023-09-08-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773242-
dc.description.abstractPengesanan glikan asid sialik pada antigen spesifik prostat bebas (fPSA) boleh digunakan untuk meningkatkan kespesifikan ujian saringan kanser prostat (PCa). Lazimnya, teknik pengesanan glikoprotein memerlukan lektin sebagai molekul pengecam utama, misalnya dalam kaedah terlabel seperti asai lektin terangkai-enzim (ELLA) dan kaedah tak berlabel seperti biosensor impedimetrik menggunakan spektroskopi impedans elektrokimia (EIS). Kedua-dua kaedah ini berpotensi diaplikasikan untuk kegunaan klinikal, namun kepekaan ELLA dibataskan oleh isyarat tidak spesifik antara komponen asai. Justeru, kajian ini memfokuskan pengoptimuman langkah pembasuhan dan penghalangan dalam ELLA untuk memperoleh isyarat latar belakang minimum. Biosensor lektin pula dijadikan teknik bandingan untuk mengesan fPSA menggunakan lektin spesifik asid sialik iaitu aglutinin Maackia amurensis (MAA) dan aglutinin Sambucus nigra (SNA). Sebanyak tiga parameter penimbal basuhan iaitu kitaran basuhan, kepekatan NaCl dan kepekatan Tween® 20, manakala empat jenis penimbal penghalang yang diuji adalah ELISA Synblock, Carbo-free™, serum anak lembu (BSA) dan alkohol polivinil (PVA). Profil glikan fPSA daripada individu normal menunjukkan kandungan glikan α2,6-asid sialik yang lebih tinggi berbanding glikan α2,3-asid sialik. Selain itu, ELLA berkeadaan optimum pada empat kali kitaran basuhan dengan kehadiran NaCl 0.5 M dan Tween® 20 pada 0.05% dalam penimbal basuhan. Penggunaan penimbal penghalang didapati tidak signifikan dan boleh disingkirkan, sekali gus dapat mengurangkan tempoh pengasaian sehingga tiga jam. Nilai KD,app pada 12.38 nM yang ditentukan menggunakan ELLA pula menunjukkan keafinan tinggi SNA terhadap fPSA dengan had pengesanan (LOD) pada 20.15 ng/mL. Berbanding ELLA, nilai LOD bagi biosensor lektin adalah 6.8 kali lebih rendah iaitu 2.98 ng/mL, justeru menunjukkan kemampuannya untuk mengesan fPSA pada julat klinikal (<4.0 ng/mL). ELLA yang dioptimumkan pula sesuai digunakan untuk menentukan profil glikan dan penentuan afiniti lektin-glikoprotein kerana truput yang tinggi.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSialic acidsen_US
dc.subjectProstateen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePengesanan antigen spesifik prostat (PSA) menggunakan lektin spesifik asid sialik berdasarkan kaedah terlabel dan tak terlabelen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages124en_US
dc.identifier.callnoQD431.N8378 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007306en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.