Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773224
Title: | Experiences and challenges in workplace english communication of accounting interns |
Authors: | Faridah Musa (P75429) |
Supervisor: | Melor Md. Yunus, Prof. Dr. Zarina Othman, Assoc. Prof. Dr. |
Keywords: | Communication English language Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Sep-2023 |
Abstract: | Walaupun terdapat banyak kajian literatur membincangkan kelemahan pelajar dalam komunikasi Bahasa Inggeris, namun kajian mengenai pengalaman dan cabaran komunikasi Bahasa Inggeris di tempat kerja masih kurang diberikan perhatian. Oleh kerana kurangnya kajian tersebut, telah mendorong kajian ini dijalankan. Menggunakan kaedah kajian kualitatif dengan rekabentuk kajian kes multiple, temubual separa berstruktur telah dijalankan ke atas lima pelajar Perakaunan di sebuah universiti awam di Malaysia. Temubual dengan dua orang pengurus dan seorang penyelia turut dilakukan. Refleksi bertulis pelatih terhadap pengalaman komunikasi dalam Bahasa Inggeris juga dijalankan. Rakaman audio hasil temubual telah ditranskripsikan secara verbatim, dan dianalisis dalam tema-tema yang spesifik dengan menggunakan perisian Nvivo 12. Transkripsi temubual telah dianalisis melalui analisis tematik dan telah divalidasi menggunakan Ujian Kebolehpercayaan Cohen’s Kappa. Triangulasi data telah dilakukan antara (i) temubual dan refleksi bertulis pelatih (ii) dengan temubual penyelia dan (iii) pengurus. Hasil kajian ini menunjukkan pelatih perakaunan memperolehi pengalaman yang berharga semasa berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di tempat kerja dengan pelanggan, rakan sekerja dan pengurus, telah meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran komunikasi professional mereka. Kajian ini membongkar cabaran yang dihadapi oleh pelatih dalam komunikasi Bahasa Inggeris di tempat kerja termasuk ketidakbiasaan terhadap penggunaan istilah dan jargon perakaunan, loghat serta slangka Bahasa Inggeris oleh penutur asing. Kajian ini turut mengenengahkan aspek bahasa serta kelemahan kemahiran komunikasi pelatih yang memberi implikasi pedagogi kepada pengamal bahasa. Garis panduan praktikal yang dicadangkan kepada pihak pentadbir universiti dalam meningkatkan kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris pelajar universiti termasuk mengintegrasikan kemahiran komunikasi khusus bagi perakauanan dalam kursus Bahasa Inggeris, mewujudkan kesedaran silang budaya dalam pengajaran komunikasi Bahasa Inggeris dan mengukuhkan kolaborasi antara pihak universiti dan rakan industri yang akan membantu pelajar perakauanan dalam kerjaya masa depan mereka. Pengalaman dan cabaran semasa latihan ilmiah telah memperkayakan kemahiran komunikasi di tempat kerja dalam kalangan pelajar perakauanan dan melengkapkan diri mereka secara sosial dan professional untuk kerjaya mereka dalam profesyen perakuanan. |
Pages: | 295 |
Call Number: | P90.F337 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
EXPERIENCES AND CHALLENGES IN WORKPLACE ENGLISH COMMUNICATION OF ACCOUNTING INTERNS.pdf Restricted Access | 2.86 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.