Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773223
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahlan Surat, Dr.en_US
dc.contributor.advisorFaridah Maidin Kutty, Dr.en_US
dc.contributor.authorNur Munirah Kamaruzaman (P92441)en_US
dc.date.accessioned2024-03-12T07:34:20Z-
dc.date.available2024-03-12T07:34:20Z-
dc.date.issued2023-10-02-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773223-
dc.description.abstractPrestasi kerja dalam kalangan guru dapat dicapai dengan sumbangan faktor dalaman dan luaran individu. Kecemerlangan prestasi penting dalam memastikan prestasi murid dan pendidikan negara sentiasa berada pada tahap yang sepatutnya seiring dengan kemajuan negara. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai isu yang melibatkan profesion guru seperti masalah kesihatan mental dan fizikal, kemurungan, burnout, hubungan antara pelajar dan rakan sekerja serta disiplin sering meningkat saban tahun. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan dan pengaruh kesejahteraan psikologi, penglibtan kerja, kebermaknaan kerja terhadap prestasi kerja dalam guru. Kajian ini didasari oleh Model Sumber Kerja dan Teori Penentuan Kendiri . Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dan reka bentuk kajian tinjauan serta menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini ialah 361 orang terdiri daripada 159 orang lelaki dan 202 orang perempuan melibatkan guru-guru sekolah rendah Gred A di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipilih menggunakan teknik persempelan rawak berstrata berkadaran. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan teknik Model Persamaan Berstruktur (SEM) melalui perisian Analysis of Moment Structures (AMOS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesejahteraan psikologi dan penglibatan kerja berada pada tahap yang tinggi manakala tahap kebermaknaan kerja dan tahap prestasi kerja dalam kalangan guru berada tahap yang sederhana. Seterusnya, tidak terdapat perbezaan antara kesejahteraan psikologi , penglibatan kerja, kebermaknaan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan guru berdasarkan jantina. Di samping itu, kesejahteraan psikologi, penglibatan kerja, kebermaknaan kerja dan prestasi kerja dalam kalangan guru mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Kesemua domain – domain kesejahteraan psikologi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap prestasi kerja guru kecuali domain hubungan baik dengan orang lain. Domain- domain penglibatan kerja iaitu kognitif, emosi dan sosial juga turut memberi pengaruh yang signifikan terhadap prestasi kerja. Manakala, ketiga- tiga domain kebermaknaan kerja iaitu motivasi yang baik, makna yang positif dan makna yang terhasil dari kerja turut mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan guru. Selain itu, kajian juga menunjukkan faktor kebermaknaan kerja berfungsi sebagai faktor mediator separa dalam hubungan diantara kesejahteraan psikologi dan penglibatan kerja guru terhadap prestasi kerja dalam kalangan guru. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa model prestasi kerja ini memberi gambaran secara langsung kepada pihak pentadbir dalam menentukan elemen kesejahteraan psikologi, kebermaknaan kerja dan penglibatan kerja bagi menambah baik prestasi kerja dalam kalangan guru sekali gus membagunkan latihan dan modul untuk kegunaan guru mahupun bakal guru di IPGM.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectPerformance standardsen_US
dc.subjectPsychologyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKebermaknaan kerja sebagai perantara kepada hubungan antara kesejahteraan psikologi dan penglibatan kerja dengan prestasi kerja guru sekolah rendahen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages311en_US
dc.identifier.callnoHF5549.5.P35. N8377 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007285en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.