Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773170
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Salasawati Hussin, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Neoh Hui-min, Prof. Madya. Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Shamsul Azhar Shah, Prof. Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Hassriana Fazilla Sapri (P53949) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-03-05T01:34:40Z | - |
dc.date.available | 2024-03-05T01:34:40Z | - |
dc.date.issued | 2018-11-16 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773170 | - |
dc.description.abstract | Staphylococcus aureus rentan Methicillin (MSSA) merupakan organisma patogenik kepada manusia yang semakin membimbangkan di kebanyakan pusat perubatan disebabkan oleh kadar prevalensnya yang tinggi berbanding Staphylococcus aureus rintang Methicillin (MRSA). Kajian epidemiologi molekular MSSA adalah penting bagi menjelaskan evolusi dan penyebaran klon S. aureus. Satu kajian mengenai epidemiologi molekular isolat MSSA di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada tahun 2009 telah dijalankan untuk mencirikan isolat MSSA secara molekular dengan menggunakan kaedah pentaipan gen virulen, kumpulan pengawalatur gen aksesori (agr) dan pulsed-field gel electrophoresis (PFGE). Pengekspresan gen virulen (cna, seh, PVL, TSST-1) dan agr dikesan dengan kaedah real-time PCR dan dibandingkan dengan kontrol MRSA yang dipencil pada masa yang sama. Hasil klinikal bagi setiap infeksi MSSA turut diulas, di mana kesan pengekspresan gen terhadap hasil klinikal pesakit ditentukan. Prevalens MSSA di kalangan infeksi S. aureus di PPUKM adalah sebanyak 73.4%, di mana sejumlah 880 infeksi MSSA direkodkan. Semua strain yang dikaji menunjukkan kerentanan MSSA terhadap antibiotik barisan pertama dan kedua yang masih terpelihara. Pentaipan gen virulen dan kumpulan agr melalui teknik PCR multipleks mendapati 51.6% strain MSSA mempunyai cna, 21.8% memiliki seh, 10.2% mempunyai PVL dan 6.8% membawa TSST-1, manakala 39.8%, 12.7%, 28.0% dan 4.3% daripada strain MSSA masing-masing telah dikesan sebagai agr-I,-II,-III dan - IV. Hasil analisis menunjukkan perkaitan yang signifikan antara kumpulan agr-III dengan kehadiran kedua-dua gen cna and seh (p<0.001). Ulasan hasil klinikal mendapati hampir semua (93.2%) pesakit yang mengalami infeksi MSSA mempunyai hasil klinikal yang baik. Di kalangan pesakit dengan hasil klinikal tidak baik, seramai 15 (25%) orang telah meninggal dunia akibat infeksi MSSA yang parah. Diagnosis penyakit terbanyak dikesan di kalangan pesakit adalah infeksi tisu lembut (41.4%). Terdapat perkaitan yang signifikan antara faktor pesakit (julat umur dan jenis diagnosis) dan faktor persekitaran (jenis spesimen dan wad) dengan hasil klinikal infeksi MSSA (p<0.001). Namun begitu, tiada perkaitan yang signifikan antara faktor bakteria (kehadiran gen virulen dan kumpulan agr) dengan hasil klinikal infeksi MSSA (masing-masing, p=0.36 dan p=0.75). Bagi kajian selektif pula, pentaipan PFGE bagi 102 strain MSSA terpilih dari wad ortopedik telah mengenalpasti 17 pulsotip dan 11 singleton. Pulsotip E adalah dominan iaitu sebanyak 24 strain, diikuti pulsotip N (10 strain) dan pulsotip L (9 strain). Terdapat perkaitan yang signifikan (p<0.001) antara kehadiran gen virulen dan kumpulan agr dengan corak PFGE isolat MSSA di mana; pulsotip E membawa gen cna, seh dan agr-III (16 strain), pulsotip N mempunyai gen cna dan agr-I (10 strain), manakala pulsotip L tiada gen virulen tetapi merupakan agr-II (7 strain). Analisis pengekspresan relatif gen virulen dan agr (RNA III) mendapati bahawa pengekspresan gen cna (p=0.01), seh (p=0.001) and agr (p=0.04) adalah signifikan lebih tinggi dalam MSSA berbanding MRSA. Pengekspresan cna dan seh juga menunjukkan korelasi secara positif dengan pengekspresan agr. Kesimpulannya, 880 strain MSSA yang dipencilkan di PPUKM pada tahun 2009 telah berjaya dicirikan. Strain MSSA yang dikaji menunjukkan ciri-ciri yang unik dengan kepelbagaian genetik yang tinggi, namun begitu terdapat perkaitan yang signifikan antara tiga kaedah pentaipan iaitu PFGE, gen virulen dan kumpulan agr. Pengekspresan faktor virulen didapati lebih tinggi di dalam strain MSSA berbanding MRSA; walau bagaimanapun kepentingan klinikal bagi pembawaan gen virulen MSSA tidak dapat dikenalpasti. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Bacteria -- pathogenicity | en_US |
dc.subject | Methicillin-susceptible Staphylococcus aureus (MSSA) | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Isolat Staphylococcus Aureus Rentan Methicillin (MSSA) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM): Epidemiologi Molekular dan Implikasi Klinikalnya | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 45 | en_US |
dc.identifier.callno | QW20.5.H355i 2018 9HUKMPRA tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 00002202893 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Doktor Falsafah (Mikrobiologi) | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Isolat staphylococcus aureus rentan methicillin (MSSA) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) epidemiologi molekular dan implikasi klinikalnya.pdf Restricted Access | Partial | 447.16 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.