Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773071
Title: | Pencirian molekul glukosa-6-fosfat dehidrogenase dan talasemia di kalangan Orang Asli Senoi di Malaysia |
Authors: | Danny, Koh Xuan Rong (P64719) |
Supervisor: | Endom Ismail, Prof. Madya Dr. Raja Zahratul Azma Raja Sabudin, Prof. Dr. Ainoon Othman, Prof. Dr. |
Keywords: | Glucose-6-phosphate dehydrogenase Molecules Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 3-Oct-2022 |
Abstract: | Talasemia dan kekurangan glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD) adalah masalah kesihatan umum di Malaysia. Setiap etnik mempunyai mutasi umum masing-masing bagi penyakit-penyakit tersebut. Namun, kurangnya data kelaziman dan mutasi umum bagi talasemia dan kekurangan G6PD dalam kalangan etnik bumiputera. Kajian ini mengenal pasti kekerapan dan mutasi umum bagi talasemia α dan β serta kekurangan G6PD dalam kalangan suku-suku etnik Senoi, kumpulan Orang Asli terbesar di Semenanjung Malaysia. Sampel-sampel darah daripada enam suku etnik Senoi dianalisis bagi kiraan darah penuh (FBC) dan analisis hemoglobin (HbAn). Paras aktiviti enzim G6PD dianalisis menggunakan kit G6PD OSMMR2000-D. Sampel sampel dengan keputusan FBC, HbAn dan paras G6PD tidak normal seterusnya disaring bagi mutasi gen globin α dan β serta G6PD. Daripada 752 sampel yang dikumpulkan, sebanyak 255 sampel menunjukkan keputusan HbAn tidak normal, termasuk pembawa talasemia β (4.7%), talasemia β Hemoglobin E (HbE) (2.7%), pembawa HbE (63.9%), homozigot HbE (12.5%), pembawa Hemoglobin Constant Spring (HbCS) (13.7%), pembawa heterozigot bersama HbE/HbCS (2.0%) serta homozigot HbCS (0.4%). Analisis DNA mengesan gabungan genotip mutasi gen globin α dan β dengan beberapa kes kompaun. Jenis mutasi talasemia yang dikesan adalah mutasi HbCS pada kodon (Cd) penamat (αCSα), Hemoglobin Adana (HbAdana) (αCd59α), mutasi kodon permulaaan (αIniCdα), delesi dua gen α (-- SEA), delesi gen globin α tunggal 3.7 kb (-α 3.7), HbE (βE ), Hemoglobin Malay (HbMalay) (βCd19), dan IVS 1-5 (G>C) (βIVS 1-5 ). Manakala, daripada 662 sampel yang disaringkan bagi kekurangan G6PD, 87 daripada 662 (13.1%) subjek didapati mengalami kekurangan G6PD. Min aktiviti enzim G6PD bagi sampel-sampel kekurangan G6PD adalah 3.2 IU/gHb dan berjulat antara 0.658 IU/gHb ke 7.815 IU/gHb. Kajian ini turut mengesan mutasi-mutasi G6PD, iaitu IVS11 T93C, c.1311C>T, G6PD Viangchan (c.871G>A), G6PD Coimbra (c.592C>T), G6PD Kaiping (c.1388G>A), G6PD Union (c.1360C>T), and rs1050757 (3’UTR +357A>G) dalam 69 subjek kekurangan G6PD. Selepas perbandingan komposisi genetik dibuat berdasarkan jenis mutasi, spektrum mutasi dan kekerapan bagi G6PD, talasemia α dan talasemia β terhadap suku-suku etnik Senoi serta etnik lain di Asia Tenggara (SEA), didapati terdapat variasi intra-genetik bagi Senoi. Walaupun tiada mutasi novel dijumpai dalam kajian ini, penemuan baru tentang kekerapan tinggi mutasi-mutasi umum di rantau SEA dalam suku-suku etnik Senoi mencadangkan mutasi-mutasi umum ini dibawa oleh nenek moyang Senoi sejak lama lagi dan kemudian diamplifikasi oleh biak baka dalam. Mutasi-mutasi lain pula datang daripada perkahwinan antara suku etnik Senoi dengan etnik-etnik lain seperti etnik Cina. Walaupun kekerapan kekurangan G6PD dan talasemia agak tinggi dalam kalangan Senoi, kebanyakan individu Senoi adalah sihat sederhana kerana didapati mampu menjalankan aktiviti kehidupan harian normal. Disebabkan kajian ini tidak mengkaji komplikasi pemakanan dan ubatan terhadap mereka, perhatian khas masih harus ditumpukan bagi mempertingkatkan kesedaran dan pendidikan tentang akibat makanan atau ubat-ubatan terhadap pembawa-pembawa. Pemantauan kesihatan berasaskan maklumat genetik harus diperkenalkan terutamanya bagi kekurangan G6PD dan talasemia bagi semua petempatan Orang Asli. Diharapkan usaha-usaha program pencegahan talasemia dan kekurangan G6PD dapat mengurangkan kelahiran bayi pembawa dengan genotip kompaun dan prognosis parah. |
Pages: | 138 |
Call Number: | QP603.G57D336 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pencirian molekul glukosa 6 fostat dehidrogenase dan talasemia di kalangan orang asli senoi di Malaysia.pdf Restricted Access | full-text | 4.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.