Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773068
Title: | Kajian ekologi dan kelakuan Maruca Vitrata (Fabricius) dan penyengat parasitoidnya di Cameron Highlands |
Authors: | Norhaslinda Arun (P67332) |
Supervisor: | Salmah Yaakop, Prof. Madya Dr. Idris Abd Ghani, Prof. Dr. Johari Jalinas, Dr. |
Keywords: | Parasitoids Parasitic insects Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2023 |
Abstract: | Pengorek pod kacang, Maruca vitrata (Lepidoptera: Crambidea) merupakan perosak sayuran kekacang yang utama di Malaysia. Kadar infestasi yang tinggi dan berterusan mampu menjejaskan industri sayuran kekacang di Malaysia. Aplikasi musuh semulajadi seperti penyengat parasitoid merupakan antara salah satu strategi Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) dalam mengawal pengorek kekacang ini. Objektif kajian ini adalah untuk; 1) mengkaji kesan faktor abiotik ke atas kelimpahan spesies M. vitrata dan parasitoidnya di dua mukim di Cameron Highlands, Pahang, 2) mengenalpasti kesan faktor abiotik terhadap kelimpahan telur dan instar larva M. vitrata (Fabricius) pada stratum yang berbeza, 3) Menentukan kesan tanaman berbeza terhadap kelimpahan penyengat parasitoid, Triclistus aitkini dan Therophilus javanus ke atas M. vitrata (Fabricius) sebagai langkah kawalan biologi 4) mengenalpasti kitar hidup dan kelakuan oviposisi, memanggil dan mengawan M. vitrata di dalam makmal. Pensampelan ke atas M. vitrata telah dijalankan di Cameron Highlands selama dua tahun iaitu dari 2013 sehingga 2015 untuk semua kajian. Kelimpahan dinamik M. vitrata di Cameron Highlands dijalankan di dua mukim iaitu mukim selatan dan utara. Populasi dinamik M. vitrata di mukim utara dan selatan didapati sentiasa berubah-ubah namun ianya mempunyai perbezaan yang signifikan dengan tempoh pensampelan (P<0.05). Turut diperhatikan adalah faktor iklim terutamanya suhu, kelembapan relatif dan taburan hujan memberi kesan dalam kenaikan dan penurunan populasi M. vitrata. Pengumpulan data direkodkan secara enam kali setiap musim tanaman dengan selang masa tiga hari mulai bulan Januari 2014 sehingga Februari 2015. Bilangan telur M. vitrata dikira pada tiga stratum berbeza pada lima musim tanaman sepanjang 14 bulan telah berjaya dicatatkan sebanyak 7486 biji telur. Data dianalisiskan dengan menggunakan SPSS mendapati min aktiviti parasitism dalam setiap plot mempunyai perbezaan yang signifikan (P<0.05) di antara pusingan tanaman. Min bilangan parasitism larva tertinggi ditunjukkan adalah di plot limau iaitu 33.80 ± 3.43, diikuti plot sayuran dimana min bilangan parasitism yang dicatat adalah 23.33 ± 4.52, manakala plot habitat hutan pula mencatatkan 13.26 ± 2.31 dan plot zukini adalah plot habitat yang mencatatkan min bilangan parasitism larva yang paling rendah iaitu 5.13 ± 1.23 sahaja. Begitu juga hubungan antara musim tanaman dengan plot habitat kajian, menunjukkan hubungan yang signifikan (P<0.05) di mana min bilangan parasitism dipengaruhi oleh perbezaan plot habitat dan musim tanaman. Populasi T. javanus didapati mempunyai perbezaan yang signifikan (P<0.05) di dalam setiap plot tanaman pensampelan dijalankan dimana min populasi T. javanus yang ditemui di plot limau didapati adalah yang paling tinggi dengan nilai 32.13±13.14, diikuti oleh plot sayuran 22.66±8.84. Min populasi T. javanus di plot hutan pula 14.26± 7.22 manakala plot zukini mencatatkan min populasi terendah daripada 4 plot iaitu 5.13 ± 5.05. Manakala untuk T. aitkini, hanya di plot hutan dan sayuran sahaja dikesan populasinya dengan min populasi 1.00± 1.30 dan 0.66 ± 0.81 masing-masing. Kawasan yang paling banyak bilangan penyengat parasitoid untuk kedua-dua spesis adalah kawasan belukar. Sejumlah 124 ekor T. javanus dan 27 ekor T. aitkeni ditemui di dalam kawasan belukar. Kajian kitar hidup dan kelakuan oviposisi, memanggil dan mengawan M. vitrata dipengaruhi oleh faktor usia dewasa M. vitrata dimana semakin berusia, semakin rendah kelakuannya. Hasil dapatan kajian ini mampu memberikan cadangan dengan menggunakan faktor abiotik dan parasitoid bagi mengawal infestasi M. vitrata di Malaysia. |
Pages: | 144 |
Call Number: | QL496.12.N637 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kajian ekologi dan kelakuan maruca vitrata fabricius dan penyengat parasitoidnya di cameron highlands.pdf Restricted Access | Full-text | 6.29 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.