Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773063
Title: Komposisi, kelimpahan dan ramalan risiko korban hidupan liar vertebrata di jalan raya di Pulau Langkawi, Kedah, Semenanjung Malaysia
Authors: Norshaqinah Ayob (P86189)
Supervisor: Norhayati Ahmad, Prof. Dr.
Muzzneena Ahmad Mustapha, Prof. Madya Dr.
Juliana Senawi, Dr.
Keywords: Vertebrates
Roadkill
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 14-Jan-2023
Abstract: Jalan raya merupakan ancaman antropogenik dan menjadi penyumbang utama kematian tidak semula jadi bagi kebanyakan spesies haiwan, terutamanya vertebrat darat. Namun begitu, Malaysia masih kekurangan kajian menyeluruh terutamanya yang menilai faktor mempengaruhi kecenderungan dan taburan korban hidupan liar di jalan raya. Lebih membimbangkan, kesannya adalah lebih dramatik bagi populasi haiwan di pulau kecil. Oleh itu, kajian korban hidupan liar di jalan raya telah dijalankan di Pulau Langkawi dengan empat objektif utama iaitu, 1) mengenal pasti komposisi dan kelimpahan spesies korban jalan raya, 2) mengkaji taburan korban hidupan liar di jalan raya mengikut musim dan ruang serta faktor-faktor penyumbang kemalangan, 3) meramal kawasan berisiko tinggi korban hidupan liar di jalan raya, dan 4) mengkaji persepsi dan kesedaran masyarakat berkenaan isu korban hidupan liar di jalan raya. Pensampelan telah dijalankan bermula Januari 2017 sehingga Januari 2018, meliputi lima transek kajian. Manakala tempoh kajian soal selidik adalah selama 17 bulan, dengan penambahan lima bulan pada tahun 2022. Secara keseluruhan, 304 individu telah direkodkan, mewakili 29 spesies vertebrat. Mamalia merupakan taksa paling banyak ditemui (n=149), dan Amfibia paling kurang terjejas (n=4). Spesies dominan adalah Varanus bengalensis (n=72). Spesies terancam seperti Nycticebus bengalensis juga direkodkan. Faktor kebolehkesanan, tempoh kekekalan bangkai haiwan di jalan raya dan teknik pensampelan mempengaruhi komposisi dan kelimpahan spesies yang direkodkan. Analisis temporal menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan bagi keseluruhan jumlah individu yang ditemui ketika musim lembap dan kering (t(11)=-1.985, p=0.223, > 0.05). Namun, terdapat perbezaan yang ketara untuk spesies herpetofauna (t(11)=-2.330, p=0.04, < 0.05), dengan jumlah yang lebih tinggi ketika musim lembap. Faktor biologi haiwan mempengaruhi corak taburan musim korban jalan raya. Autokorelasi ruang (Moran's I) menunjukkan taburan ruang bangkai haiwan ditemui adalah berkelompok. Analisis ketumpatan Kernel menunjukkan kawasan barat daya pulau adalah paling terjejas. Lokasi-lokasi berpotensi korban hidupan liar di jalan raya telah dikenal pasti menggunakan algoritma MaxEnt. Semua model yang dihasilkan menunjukkan prestasi yang baik dengan nilai AUC melebihi 0.75. Altitud dan kecerunan merupakan pemboleh ubah paling signifikan, menunjukan kemalangan cenderung berlaku di kawasan tanah rendah (20 hingga 50 m) dan kecerunan di bawah 30º. Peta ramalan menunjukkan majoriti kawasan berpotensi tinggi adalah di bahagian barat pulau, melibatkan tiga mukim iaitu Ayer Hangat, Padang Matsirat dan Kedawang. Ciri-ciri landskap persekitaran dan kepelbagaian jenis guna tanah menjadi faktor penyumbang kemalangan di kawasan tersebut. Kajian soal selidik melibatkan penduduk Pulau Langkawi menunjukkan masyarakat peka terhadap isu korban hidupan liar di jalan raya. Responden berpendapat kemalangan berpunca daripada jalan raya yang gelap dan bukan perlanggaran yang disengajakan. Beberapa langkah pencegahan terbaik telah dicadangkan berdasarkan kepada kesesuaian lokasi dan kos pelaksanaan serta penyelenggaran. Lokasi dengan keutamaan yang tinggi adalah di bahagian barat pulau. Beberapa kekangan dan cadangan telah dibincangkan untuk dapatan kajian yang lebih tepat. Hasil penyelidikan ini telah menyumbang maklumat pemuliharaan yang penting berkenaan impak jalan raya terhadap hidupan liar. Kajian ini juga dapat membantu mewujudkan pembangunan lestari seiring dengan kemajuan Langkawi UNESCO Global Geopark yang sering dikunjungi di rantau ini.
Pages: 220
Call Number: QL605.N637 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
komposisi kelimpahan dan ramalan risiko korban hidupan liar vertebrata di jalan raya di pulau langkawi kedah semenanjung Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text11.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.