Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773061
Title: Pertumbuhan awal anak pokok Shorea leprosula Miq. dan Shorea acuminta dyer di kawasan terosot hutan simpan Tembat, Hulu Selangor
Authors: Siti Nurfaeiza Abd Razak (P93059)
Supervisor: Wan Juliana Wan Ahmad, Prof. Madya Dr.
Shamsul Khamis, Dr.
Keywords: Shorea leprosula
Trees -- Seedlings -- Selangor
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Jan-2023
Abstract: Kadar kematian anak pokok dipterokarpa yang tinggi selepas penanaman di lapangan melalui program pemulihan hutan mampu menjejaskan keberhasilan program kerana persekitaran yang tidak menyokong pertumbuhan anak pokok di kawasan hutan terosot. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tindak balas anak pokok dipterokarpa Shorea leprosula dan Shorea acuminata terhadap keamatan cahaya, nutrien dan media tanah yang berbeza di lapangan. Tiga individu anak pokok dua spesies tersebut yang berusia 19 bulan ditanam bersama di dalam kotak penanaman berukuran 51 cm × 46 cm × 28 cm pada tiga keamatan cahaya (LI) iaitu 100% sebagai kawalan, 30% dan 8%, tiga jenis nutrien iaitu tanpa nutrien sebagai kawalan, NPK dan kompos vermi (VC) serta dua jenis media tanah iaitu tanah lapisan bawah (SS) sebagai kawalan dan campuran tanah lapisan bawah dan tanah lapisan atas (SS+TS). Reka bentuk kajian ialah reka bentuk blok lengkap terawak faktoran dengan tiga replikasi. Tindak balas anak pokok dilihat melalui enam ciri morfologi, lima ciri fisiologi dan dua ciri isotop stabil karbon dan nitrogen. Anak pokok S. leprosula mencatatkan ciri morfologi yang lebih baik di bawah 30% LI dengan julat peningkatan 18.9% hingga 60.9% bagi kesemua ciri kecuali nisbah akar kepada daun yang merekodkan 41.3% lebih rendah berbanding kawalan. Shorea acuminata merekodkan tindak balas morfologi yang lebih rendah di bawah 8% LI berbanding kawalan dengan julat penurunan antara 12.4% hingga 76.2% bagi kesemua ciri. Pendedahan 100% LI telah menyebabkan fotorencatan berdasarkan kadar pertumbuhan morfologi yang rendah. Pendedahan 8% LI terhadap anak pokok S. leprosula dan S. acuminata masing-masing mencatatkan kadar fotosintesis 12.6% dan 5.6% lebih rendah berbanding kawalan. Kajian ini menunjukkan anak pokok dipterokarpa beraklimasi di bawah keamatan cahaya yang berbeza dengan mengubah strategi atau corak pertumbuhan. Nutrien NPK mahupun VC memberikan pertumbuhan morfologi sehingga dua ke tiga kali ganda lebih baik berbanding kawalan disebabkan peningkatan kandungan nitrogen (N) tanah. Penggunaan VC pada S. leprosula merekodkan nilai δ15N daun 25 kali ganda lebih tinggi di bawah 30% LI berbanding NPK. Shorea leprosula turut merekodkan δ13C 2.0% hingga 10.7% dan kecekapan penggunaan air 54.5% lebih tinggi dengan penggunaan nutrien berbanding kawalan manakala, S. acuminata merekodkan δ13C sehingga 3.6% lebih tinggi berbanding kawalan. Kompos vermi meningkatkan 32.5% liang tanah berbanding kawalan. Penggunaan VC merekodkan kadar pengkarboksilan maksimum terhad oleh Rubisco (Vcmax) dua kali ganda lebih tinggi berbanding kawalan dan mempunyai perkaitan dengan peningkatan N dan kandungan klorofil daun. Kadar asimilasi maksimum (Amax) merekodkan nilai dua kali ganda lebih tinggi di bawah 30% LI berbanding kawalan dan tidak menunjukkan peningkatan kecekapan penggunaan cahaya apabila LI melebihi 30%. Penggunaan media SS+TS memberikan 100% pertumbuhan morfologi lebih baik bagi kedua-dua spesies. Kedua-dua spesies menunjukkan pertumbuhan morfologi terbaik di bawah 30% keamatan cahaya dengan penggunaan VC dan media SS+TS. Pertumbuhan terendah bagi S. leprosula dan S. acuminata direkodkan di bawah 100% LI dan 8% LI, dan media SS tanpa baja. Oleh itu, penggunaan teduhan digalakkan bagi penanaman spesies klimaks di lapangan dan penggunaan VC dicadangkan berdasarkan keberkesanannya untuk membaiki struktur tanah kawasan hutan terosot. Hasil kajian menyokong pemilihan spesies klimaks bagi program pemulihan hutan yang selari dengan Dasar Perhutanan Malaysia.
Pages: 176
Call Number: SD397.S48S568 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pertumbuhan awal anak pokok shorea leprosula miq dan shorea acuminta dyer di kawasan terosot hutan simpan tembat hulu selangor.pdf
  Restricted Access
Full-text9.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.