Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773054
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSalmah Yaakop, Prof. Madya Dren_US
dc.contributor.advisorBadrul Munir Md. Zain, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorRosliza Jajuli, Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Fahimee Jaapar (P102214)en_US
dc.date.accessioned2024-02-27T07:08:32Z-
dc.date.available2024-02-27T07:08:32Z-
dc.date.issued2023-03-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/773054-
dc.description.abstractKelimpahan yang tinggi spesies lebah kelulut Heterotrigona itama (Cockerell, 1918) di Malaysia telah menjadi sebab spesies ini didomestikasi bagi industri meliponikultur. Namun begitu, kajian biologinya kurang mendapat perhatian. Oleh demikian, kajian ini menggariskan empat objektif iaitu 1) menilai diet H. itama yang telah melalui proses domestikasi menggunakan kaedah pengkodan metabar berdasarkan penanda trnL; 2) mengukur perbezaan genetik di antara populasi H. itama di luar dan dalam kurungan, serta analisis variasi morfologinya; 3) membangunkan kaedah pemeliharaan ratu H. itama secara in-vitro bagi tujuan pemuliharaan dan, 4) mengkaji kelakuan lebah jantan dan proses persenyawaannya bagi menyokong pemeliharaan ratu H. itama. Hasil kajian ini menunjukkan sebanyak 262 spesies tumbuhan dari 70 famili dan lima filum telah dikenalpasti. Filum Spermatophyta dan Magnoliophyta merupakan dua filum yang menjadi diet H. itama. Manakala spesies tumbuhan Garcinia oblongifolia, Muntingia calabura, Mallatos pellatus dan Pinus squamata merupakan tumbuhan yang menjadi makanan utama bagi H. itama dan dijumpai di semua kawasan persampelan. Menggunakan jujukan COI dari 37 individu, pokok Neighbor-Joining (NJ), Parsimoni Maksimum (MP) dan Inferensi Bayesian (BI) menunjukkan topologi pohon yang sama, di mana sampel dari Semenanjung dan kepulauan Borneo monofiletik, kecuali sampel dari Seberang Perai. Tiada perbezaan yang bererti bagi saiz panjang sayap H. itama (F(39,199)=25.181, p > 0.05), walaupun terdapat perbezaan dari segi infuskasinya. Hasil kajian menunjukkan terdapat aktiviti domestikasi dari negeri ke negeri. Pembangunan penternakan ratu bagi H. itama dimulakan dengan pengenalpastian jumlah makanan ratu di lima negeri dan tidak memberi perbezaan yang bererti (F(2,44) = 4.85, p < 0.05) antara kawasan persampelan di mana jumlah makanan yang paling tinggi adalah 138 µL dan yang terendah 114 µL. Suhu dan kelembapan relatif di dalam koloni pula adalah dalam julat 24.5℃ hingga 32℃ (F(9,449) = 1.73 p > 0.05) dan 68.2% hingga 73.8% (F(9,449) = 0.27, p > 0.05). Menggunakan data ini suhu dan kelembapan relatif ditetapkan dengan 27°C ± 5 dan 72% ± 2 bagi penetapan di dalam inkubator pada 10 hari yang pertama. Hasil juga menunjukkan jumlah makanan sebanyak 138 µL memberikan hasil yang terbaik dengan 77.5% kelahiran berbanding jumlah yang lain dan memberikan perbezaan yang bererti bagi penggunaan jumlah makanan yang berbeza (ꭓ2 = 10.385, df = 2, p < 0.05). Sementara itu penghasilan jantan bagi menyokong kaedah penternakan ratu dimulakan dengan persampelan kehadiran jantan secara semulajadi. Bulan Mac dan Oktober menunjukkan penghasilan jantan yang tinggi berbanding bulan-bulan yang lain. Terdapat perbezaan yang bererti (F(9,199) = 29.56, p >0.05) bagi kehadiran jantan di koloni yang mempunyai ratu muda dari jam 0800 ke 1700 dan terdapat perbezaan yang bererti (F(1,19) = 15.63, P>0.05) bagi penghasilan jantan di dalam struktur berjaring dan kawasan terbuka. Pemerhatian menunjukkan ratu mula bertelur pada hari ke 14 setelah proses persenyawaan berlaku. Proses bertelur bagi ratu yang berkoloni di dalam struktur berjaring memberikan perbezaan yang bererti (F(1,19) = 6.22, P>0.05) dengan ratu yang berkoloni di kawasan terbuka. Manakala, bagi proses bertelur pula, terdapat perbezaan yang bererti (F(9,119) = 4.63 P>0.05) antara jam 0800 hingga 1700 bagi proses bertelur bagi ratu. Justeru, hasil kajian membuktikan bahawa H. itama merupakan spesies lebah kelulut yang boleh hidup di dalam pelbagai jenis kawasan dan bagi proses pemeliharaan ratu pula, kelembapan relatif merupakan kunci utama bagi kejayaan proses ini. Hasil kajian yang diperolehi dapat meningkatkan hasil madu melalui pemilihan pokok yang betul di samping membantu penternak dengan mengurangkan kos pembelian koloni melalui penternakan ratu dan secara tidak langsung dapat memulihara koloni liar di dalam hutan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectGeneticsen_US
dc.subjectBee cultureen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleDiet, genetik dan kelakuan lebah kelulut (Heterotrigona itama) (Cockerell, 1918) serta pembangunan penternakan ratu secara in-vitroen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages218en_US
dc.identifier.callnoQH430.M6349 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007232en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.