Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772818
Title: Penggunaan Fecal Microbiota Transplantation (FMT) dalam rawatan penyakit berkaitan usus menurut perspektif syariah
Authors: Nur Solihah Isa (P110527)
Supervisor: Muhammad Nazir Alias, Dr.
Mohd Al Adib Samuri, Prof. Madya Dr.
Keywords: Intestines -- Diseases
Medicine -- Religious aspects -- Islam
Clostridium difficile -- Treatment
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Sep-2023
Abstract: Fecal Microbiota Transplantation (FMT) adalah rawatan terkini yang menggunakan tinja manusia yang efektif dalam merawat beberapa penyakit berkaitan usus terutamanya penyakit Clostridium Difficile Infection (CDI). Penyakit CDI ini boleh membawa maut dan data menunjukkan bahawa kematian yang direkodkan di Amerika syarikat mencecah 29,000 dalam setahun. Penggunaan rawatan FMT telah dilakukan secara rasmi di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, China dan rawatan ini dicadangkan untuk diperluaskan lagi ke pelbagai negara lain. Namun begitu, sehingga kini sarjana Islam masih belum mengeluarkan sebarang pandangan berkenaan penggunaan rawatan ini bagi pesakit Muslim. Oleh itu, satu penilaian berasaskan hukum Islam diperlukan dalam menentukan kedudukan rawatan FMT. Memandangkan penggunaan rawatan FMT berpotensi untuk memelihara nyawa pesakit, satu pertimbangan daripada perspektif maqasid syariah perlu dibuat. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluan rawatan FMT di Malaysia menurut pakar perubatan Muslim, menganalisis kedudukan rawatan FMT menurut syarak dan menentukan hukum penggunaan rawatan FMT kepada pesakit di Malaysia berdasarkan salah satu maqasid syariah iaitu memelihara nyawa. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan serta temu bual mendalam separa berstruktur kepada dua orang pakar perubatan Muslim dan tiga orang pakar syariah. Data yang diperolehi dianalisis secara tematik menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati pakar perubatan Muslim menyokong keperluan penggunaan rawatan FMT di Malaysia bagi pesakit CDI yang berulang terutamanya golongan yang berisiko tinggi. Namun begitu, panduan dan prosedur rawatan ini hendaklah diperolehi melalui data-data klinikal yang telah dijalankan. Selain itu, rawatan FMT dilihat bertepatan dengan kaedah istiḥsān bi al-ḍarūrah walaupun tidak berlaku istiḥālah terhadap tinja yang digunakan. Secara umumnya rawatan FMT termasuk dalam maslahah ḥājiyyāt bagi menjaga nyawa tetapi menjadi ḍarūriyyāt kepada golongan yang tidak mempunyai alternatif lain disebabkan rawatan sedia ada tidak lagi berkesan kepada mereka. Kesimpulannya, penggunaan rawatan FMT bagi pesakit berkaitan usus khususnya pesakit CDI yang berulang adalah diharuskan dengan tujuan memastikan Maqasid memelihara nyawa tercapai.
Pages: 164
Call Number: RC860.N837 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penggunaan fecel microbiota transplantion (FMT) dalam rawatan penyakit berkaitan usus menurut perspektif syariah.pdf
  Restricted Access
Full-text2.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.