Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772804
Title: Perjalanan masyarakat Melayu ke tanah suci dalam catatan naskhah Melayu
Authors: Nurin Sahira Zamri (P110080)
Supervisor: Farid Mat Zain, Dr.
Keywords: Muslim pilgrims and pilgrimages -- Saudi Arabia -- Anecdotes
Muslim pilgrims and pilgrimages
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Jan-2023
Abstract: Perjalanan untuk menunaikan ibadah haji bukanlah suatu perkara yang mudah dan selamat, ia memerlukan kegigihan apatah lagi jarak Tanah Melayu yang terletak jauh dari Tanah Suci. Malah ada yang berpendapat bahawa pelayaran haji pada zaman awal sering dikaitkan dengan perjalanan terakhir dalam kalangan orang Melayu berikutan keadaan kesukaran dan kepayahan yang harus dilalui oleh jemaah haji. Walaubagaimanapun, penceritaan mengenai keadaan dan perkembangan pelaksanaan haji tersebut kurang diberi perhatian. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis perjalanan masyarakat Melayu ke Tanah Suci mencakupi catatan perjalanan ke Mekah dan Madinah, catatan pelaksanaan ibadah haji dan perkembangan persekitaran dua buah kota suci berkenaan dalam enam buah naskhah Melayu pilihan iaitu naskhah Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis, Kisah Pelayaran Abdullah ke Judah, Catetan ka Tanah Suchi, The Wandering Thought of Dying Man dan Ke Mekah ikut Darat. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif iaitu analisis terhadap kandungan naskhah sepertimana yang disebutkan di atas yang merangkumi catatan terhadap perjalanan, pengalaman, cabaran, aktiviti ketika pelaksanaan haji serta pengamatan terhadap keadaan dan perkembangan masyarakat dan kota Mekah. Oleh itu, hasil kajian ini mendapati bahawa pelayaran ke Tanah Suci bagi menyempurnakan rukun Islam kelima menuntut kesabaran dan pengorbanan yang begitu tinggi bagi seseorang Muslim apatah lagi orang Melayu yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh serta terpaksa menempuh pelbagai pengalaman dan cabaran samada dari segi kewangan, mental dan fizikal sewaktu perjalanan untuk ke Tanah Suci melalui jalan laut mahupun jalan darat. Malah, ketika pelaksanaan haji juga jemaah turut berdepan dengan cabaran birokrasi serta keadaan cuaca di Tanah Suci. Namun, secara keseluruhannya catatan berkaitan keadaan dan perkembangan Tanah Suci tidak dijelaskan secara terperinci dalam setiap catatan kajian. Oleh itu, kajian ini telah mengenalpasti tentang perjalanan dan pelaksanaan haji orang Melayu di Tanah Suci, serta keadaan dan perkembangan Tanah Suci dalam catatan naskhah Melayu.
Pages: 183
Call Number: BP187.3.N837 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perjalanan masyarakat melayu ke tanah suci dalam catatan naskah melayu.pdf
  Restricted Access
Full-text2.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.