Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772803
Title: | Moratorium menurut fiqh dan amalannya di perbankan Islam |
Authors: | Erfan Asmaie Khairul Anam (P110133) |
Supervisor: | Abdul Basir Mohamad, Prof. Dr. Mohammad Zaini Yahaya, Dr. |
Keywords: | Debt relief (Islamic law) Moratorium on payment of debts Debtor and creditor (Islamic law) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Jun-2023 |
Abstract: | Moratorium merupakan salah satu kemudahan yang tidak digunakan secara umum oleh pihak bank yang mana tujuannya adalah untuk meringankan bebanan dan masalah kewangan yang dihadapi oleh pelanggan dalam senario dan keadaan tertentu. Walau bagaimanapun, kemudahan ini telah ditawarkan secara besar-besaran dan secara automatik melalui pengumuman kerajaan ketika pandemik COVID-19 tanpa mengambil kira kesan sebenar yang berlaku terhadap individu. Islam pula menuntut umatnya memberi penangguhan pembayaran hutang terutamanya kepada penghutang muʿsir dan tiada harta yang mencukupi. Justeru, sejauh mana pelaksanaan moratorium di perbankan Islam bertepatan dengan konsep moratorium dalam Islam. Kajian ini meliputi tiga objektif. Pertama, membezakan pelaksanaan moratorium sebelum dan ketika pandemik COVID-19 oleh institusi perbankan Islam. Kedua, mengenal pasti konsep penangguhan hutang dalam Islam. Ketiga, menganalisis pelaksanaan moratorium oleh institusi perbankan Islam di Malaysia dengan konsep penangguhan hutang dalam Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen dan temu bual separa struktur. Seramai 4 orang panel syariah telah dipilih sebagai informan temu bual. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah induktif, deduktif dan tematik. Dapatan kajian melalui objektif pertama, terdapat beberapa perbezaan dari sudut amalan dan pelaksanaan moratorium sebelum dan ketika pandemik COVID-19 terutamanya dari sudut penawaran, golongan sasaran, sebab tawaran dan prinsip ihsan. Dapatan kedua, penangguhan hutang dalam Islam sememangnya dituntut dan mempunyai peraturan yang mesti dipatuhi agar dapat mencegah elemen yang diharamkan syarak dan dapat menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak. Ketiga, analisis mendapati bahawa istilah dan konsep moratorium di institusi perbankan Islam menepati ciri-ciri penangguhan hutang dalam Islam. Namun, beberapa perkara perlu ditambah baik dari sudut pelaksanaan. Terdapat tiga implikasi utama dalam kajian ini. Pertama, perbezaan pelaksanaan moratorium sebelum dan ketika pandemik COVID-19 dapat dikenal pasti agar masyarakat faham dan menerima maklumat dengan tepat. Kedua, konsep dan pelaksanaan penangguhan hutang dalam Islam mampu difahami dengan baik agar masyarakat tidak salah dalam memahami sesuatu hukum daripada nas dan pandangan ulama. Ketiga, merungkai keselarasan konsep penangguhan hutang dalam Islam dengan pelaksanaan moratorium pada masa kini dan menambah baik pelaksanaannya pada masa akan datang. |
Pages: | 131 |
Call Number: | BP158.D435E734 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Moratorium menurut fiqh dan amalanya di perbankan islam.pdf Restricted Access | Full-text | 3.7 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.