Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772802
Title: | Pensyariatan hukum hadith Rasulullah SAW dalam berinteraksi dengan golongan orang kelainan upaya (OKU) |
Authors: | Mohammad Asyiq Azwar Mohammad Idris (P97777) |
Supervisor: | Mohd Arif Nazri, Dr. |
Keywords: | Disabilities -- Religious aspects -- Islam Hadith -- Criticism, interpretation, etc. Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Jan-2023 |
Abstract: | Rasulullah SAW merupakan utusan Allah SWT yang menjadi rahmat bagi sekalian alam. Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) turut menerima tempias rahmat yang dibawa oleh Rasulullah SAW akibat interaksi Baginda SAW terhadap mereka. Pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh masyarakat ketika berinteraksi dengan golongan OKU seperti pada zaman Rom yang mensisihkan golongan ini serta dianggap sebagai orang yang membawa sial. Islam datang dengan adil melayan semua golongan tidak mengira latar belakang dan kecacatan fizikal yang mereka alami seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti penyataan daripada ayat al-Quran dan al-Sunnah yang menceritakan berkaitan golongan Orang Kelainan Upaya serta mengkaji interaksi Rasulullah SAW dengan mereka terutama pada pensyariatan hukum atas golongan ini dan menganalisis hikmah yang terdapat pada pensyariatan tersebut. Kajian secara kualitatif dijalankan yang berbentuk analisis dokumen dan deduktif dengan mengumpul maklumat daripada variasi dokumen dengan melihat hadith-hadith yang melibatkan interaksi Rasulullah SAW dengan golongan OKU dan mengeluarkan hikmah yang terkandung hasil daripada interaksi tersebut. Tuntasnya, Analisis hikmah pada pensyariatan hukum yang berkaitan dengan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dapat dikeluarkan daripada hasil interaksi Rasulullah SAW dengan golongan ini sebanyak 11 hikmah yang boleh dilihat. Implikasi daripada kajian ini adalah hikmah yang terhasil melalui interaksi Rasulullah SAW menunjukkan Islam mendahului dalam menyantuni golongan OKU. |
Pages: | 136 |
Call Number: | BP190.5.P37M833 2023 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pensyariatan hukum hadith rasulullah saw dalam berinteraksi dengan golongan orang kelainan upaya (OKU).pdf Restricted Access | Full-text | 3.05 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.