Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772796
Title: | Pembangunan padi mutan toleran banjir berlatarbelakang UKM5 menggunakan teknik pembiakbakaan mutas |
Authors: | Waitul Fifika Asrapil (P104788) |
Supervisor: | Noraziyah Abd Aziz Shamsudin, Dr. |
Keywords: | Breeding Plant breeding Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31-Aug-2022 |
Abstract: | Pembiakbakaan secara mutasi semakin berkembang sebagai salah satu kaedah pembiakbakaan yang memberi manfaat besar terhadap peningkatan hasil dan kualiti sesuatu tanaman. Justeru itu, kajian ini telah dijalankan bagi menghasilkan titisan padi mutan yang toleran terhadap banjir dengan hasil yang tinggi melalui kaedah pembiakbakaan secara mutasi dengan menggunakan sinaran alur ion karbon. Dalam kajian ini, biji benih titisan piramid padi UKM5 yang toleran terhadap kemarau telah didedahkan kepada pancaran alur ion karbon pada dos 10, 20, 40, 60, 80 dan 100 Gy. Ujian radiosensitiviti telah dijalankan untuk mengenalpasti dos optimum pancaran berdasarkan dos maut 50% (LD50) menggunakan teknik Sandwich Blotter. Hasil menunjukkan bahawa benih yang terdedah kepada 40 dan 60 Gy pancaran alur ion karbon mencatatkan kadar percambahan benih tertinggi, iaitu masing-masing adalah 63% dan 67%. Oleh itu, benih M2 yang terhasil melalui kacuk sendiri individu M1 dari dua dos optimum ini telah disaring dalam tekanan banjir di peringkat vegetatif (VSS) selama 14 hari semasa anak pokok berusia dua minggu. Dalam saringan ini, genotip IR64-Sub1 dan IS21 digunakan sebagai genotip kawalan toleran banjir manakala genotip UKM5 digunakan sebagai genotip kawalan rentan banjir. Saringan tekanan banjir terhadap 5679 individu M2 telah berjaya mengenalpasti 123 individu (2.07%) yang toleran banjir. Individu-individu M2 terpilih ini telah dikacuk sendiri bagi menjana populasi M3 yang turut disaring dalam VSS. Sebanyak 8% individu M3 telah menunjukkan ciri toleran banjir. Sebanyak 12 individu M3 terpilih yang toleran banjir digunakan dalam penyaringan lanjut bagi ciri-ciri morfologi dan hasil. Hasil menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi ciri bilangan spikelet setiap panikel (SPP), bilangan bijian bernas setiap spikelet (FS), peratusan bijian bernas (SFP), berat 100 bijian (HGW), panjang bijian (GL), lebar bijian (GW) dan panjang panikel (PL). Individu M3-1 dipilih sebagai individu M3 terbaik dengan PN (7) dan berat hasil (GY) (21.14 g) tertinggi selain bilangan hari berbunga (DTF) (102 hari) terendah diikuti dengan M3-5 dan M3-7 yang mempunyai nilai GY yang lebih tinggi daripada UKM5. Kesemua individu M3 toleran banjir disahkan tidak membawa QTL Sub1 yang dilaporkan sebagai QTL major bagi ketoleranan terhadap banjir. Oleh yang demikian, kajian lanjut perlu menfokuskan kepada pemetaan QTL yang bertanggungjawab ke atas ketoleranan banjir pada individu terpilih selain meneruskan proses pemilihan bagi mengenalpasti titisan mutan toleran banjir dengan potensi hasil tinggi serta matang awal. |
Pages: | 134 |
Call Number: | S494.W335 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Pembangunan padi mutan toleran banjir berlatarbelakang UKM5 menggunakan teknik pembiakkan mutasi.pdf Restricted Access | Full-text | 4.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.