Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772436
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamsuriah Ahmad, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.authorNoor Hasliza Mohd Hassan (P95622)en_US
dc.date.accessioned2024-01-18T08:28:01Z-
dc.date.available2024-01-18T08:28:01Z-
dc.date.issued2022-04-25-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772436-
dc.descriptionFull-texten_US
dc.description.abstractData merupakan aset organisasi dan memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan kerajaan digital. Salah satu elemen penting pelaksanaan kerajaan digital ialah memastikan capaian maklumat yang berintegriti dan pantas kepada pemegang taruh. Hasrat ini boleh dicapai melalui pelaksanaan inisiatif integrasi data yang efisyen dalam sektor awam. Walau bagaimanapun, inisiatif ini didapati sering menghadapi cabaran dan risiko kegagalan kerana kelemahan tadbir urus integrasi data sektor awam yang mengabaikan dimensi dan faktor terlibat seperti sumber manusia dan proses selain dimensi teknologi. Ini disebabkan oleh ketiadaan kerangka tadbir urus yang boleh dijadikan rujukan oleh organisasi. Bagi menyelesaikan isu ini, transformasi tadbir urus integrasi data sektor awam perlu dilaksana melalui pembangunan kerangka yang mengambil kira semua dimensi dan faktor yang terlibat. Metodologi Kajian Sains Reka Bentuk (DSRM) diadaptasi sebagai reka bentuk kajian bagi menjawab persoalan kajian ini. Kajian ini mengenal pasti dimensi dan faktor yang mempengaruhi tadbir urus integrasi data sektor awam berpandukan teori oleh Data Management Book of Knowledge (DMBoK), Model Leavitt’s Diamond dan Kerangka COBIT melalui kajian susastera dan temu bual. Artifak kajian telah disahkan melalui Teknik Delphi. Kajian kes dan penilaian Skor SUS yang dijalankan di lima organisasi sektor awam pula membuktikan kerangka yang dibangunkan boleh diguna pakai di persekitaran praktikal bagi menyelesaikan isu yang dikenal pasti. Hasil kajian terdiri daripada empat artifak iaitu dimensi dan faktor, takrif integrasi data dan tadbir urus integrasi data serta kerangka tadbir urus integrasi data. Tiga dimensi dikenal pasti ialah sumber manusia, proses dan teknologi. Dimensi sumber manusia meliputi faktor budaya, kejelasan peranan dan tanggungjawab serta komunikasi. Manakala dimensi proses merangkumi faktor perundangan dan polisi. Dimensi teknologi pula dijelaskan oleh faktor teknologi dan peralatan. Hasil akhir kajian ialah kerangka tadbir urus integrasi data sektor awam yang telah disah dan dibuktikan kebolehgunaan dalam persekitaran praktikal. Kerangka yang dibangunkan ini dapat dijadikan rujukan dalam tadbir urus integrasi data sektor awam bagi menambahbaik pelaksanaan inisiatif ini dan seterusnya melengkapkan ekosistem pelaksanaan integrasi data sektor awam.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumaten_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectComputer-aided designen_US
dc.subjectData integrationen_US
dc.titleKerangka tadbir urus integrasi data sektor awamen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages342en_US
dc.identifier.barcode005957(2021)(PL2)en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kerangka Tadbir Urus Integrasi Data Sektor Awam.pdf
  Restricted Access
6.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.