Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772304
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamariah Abu Bakar, Dr.en_US
dc.contributor.authorMunirah Madzlan (P113339)en_US
dc.date.accessioned2024-01-10T07:25:45Z-
dc.date.available2024-01-10T07:25:45Z-
dc.date.issued2023-07-21-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772304-
dc.description.abstractPenggunaan teknologi ICT dalam pendidikan dilihat mampu memberikan perubahan yang baru dan baik dalam merevolusikan kaedah dan teknik pengajaran guru. Guru seharusnya mempunyai inisiatif yang tinggi untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan keperluan semasa agar sentiasa kekal relevan dan produktif. Menyedari hakikat ini, penerapan penggunaan teknologi ICT telah menjadi keutamaan dalam PdPc pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan motivasi guru terhadap penggunaan aplikasi Telegram dan WhatsApp dalam PdPc serta tahap keberkesanan penggunaannya dalam PdPc berdasarkan persepsi guru tadika di Negeri Melaka. Penentuan hubungan di antara setiap pemboleh ubah juga turut dikaji. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui penggunaan satu set instrumen soal selidik berbentuk Google Form. Pemilihan sampel responden telah dilaksanakan secara rawak mudah terhadap 320 orang guru dan seramai 175 orang guru telah dipilih melalui kaedah loteri berdasarkan jadual penentuan bilangan sampel Krejcie dan Morgan 1970. Analisis deskriptif dan analisis inferensi telah digunakan dalam kajian ini bagi menjawab persoalan kajian melalui penggunaan pakej perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) versi 27. Data yang diperoleh telah dianalisis dalam bentuk deskriptif melalui pengenalpastian min. Manakala bagi analisis inferensi pula, data telah diterjemahkan melalui ujian analisis Korelasi Pearsons. Hasil dapatan deskriptif telah menunjukkan bahawa guru-guru tadika di Negeri Melaka didapati mempunyai tahap kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan Telegram dan WhatsApp dalam PdPc. Manakala, tahap motivasi guru-guru tadika di Negeri Melaka terhadap penggunaan Telegram dan WhatsApp dan tahap persepsi keberkesanan penggunaannya adalah sederhana. Analisis inferensi ujian Korelasi Pearsons pula telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan dan nilai kekuatan perhubungan yang kuat di antara pemboleh ubah tahap kemahiran guru dan tahap motivasi guru terhadap penggunaan Telegram dan WhatsApp dengan tahap persepsi keberkesanan penggunaannya dalam PdPc guru-guru tadika di Negeri Melaka. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan dalam memberikan maklumat kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk merancang dan merangka pelan tindakan kurikulum, menyedia dan menyusun program-program yang berimpak tinggi serta mempunyai nilai tambah yang bersesuaian dengan keperluan para guru agar keperluan dimensi pasaran tenaga kerja guru yang mahir berteknologi dapat dipenuhi.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectTeknologi ICTen_US
dc.subjectPendidikan awalen_US
dc.subjectMedia sosialen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKemahiran dan motivasi penggunaan Telegram dan Whatsapp serta persepsi keberkesanan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan guru tadikaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages192en_US
dc.identifier.callnoLB1044.84.M836 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007182en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.