Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772300
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Tamat Sarmidi, Prof. Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Rizal Palil, Prof. Dr. | en_US |
dc.contributor.advisor | Norlin Khalid, Prof. Madya Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Nurul Aishah Khairuddin (P96361) | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-01-10T07:17:03Z | - |
dc.date.available | 2024-01-10T07:17:03Z | - |
dc.date.issued | 2023-09-06 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772300 | - |
dc.description.abstract | Kajian mengenai sekatan ekonomi terhadap perdagangan perkhidmatan, seperti perkhidmatan penumpang udara, kurang mendapat perhatian daripada kebanyakan pengkaji sebelum ini yang lebih memberi tumpuan kepada aspek perdagangan barangan. Walaupun terdapat beberapa kajian yang telah melihat kesan sekatan penerbangan terhadap industri penerbangan, namun didapati kajian terdahulu tidak mengambil kira kesan terhadap permintaan penumpang udara. Selain itu, sekatan penerbangan secara signifikannya mengganggu sumbangan industri penerbangan kepada ekonomi secara keseluruhan dalam suasana ekonomi yang kompleks. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan sekatan penerbangan yang disebabkan konflik politik, ketidakpatuhan audit penerbangan antarabangsa dan penyebaran wabak COVID-19 kepada permintaan penumpang udara dan keseluruhan ekonomi. Untuk tujuan ini, analisis kajian adalah menggunakan tiga kaedah utama iaitu, pertama kaedah Perbezaan dalam Perbezaan (DID) untuk menganalisis kesan sekatan penerbangan terhadap permintaan penumpang udara di beberapa negara terpilih. Kaedah kedua, pendekatan Input-Output (I-O) digunakan untuk mensimulasi kesan sekatan penerbangan yang disebabkan oleh peristiwa tersebut dalam konteks negara Malaysia dengan menggunakan Jadual Input-Output Malaysia tahun 2015 dan 2019. Kaedah ketiga menggunakan pendekatan Kawalan Sintetik (SCM) ke atas beberapa negara terpilih untuk menentukan jumlah penumpang udara yang boleh diperolehi sekiranya wujud campur tangan kerajaan. Bagi peristiwa konflik politik, tempoh data yang digunakan adalah dari Januari 2014 hingga Disember 2018, manakala peristiwa ketidakpatuhan audit penerbangan adalah dari 1994 hingga 2018. Hasil analisis pertama menunjukkan kesan sekatan penerbangan yang dialami oleh setiap negara adalah berbeza dimana ia telah mengurangkan permintaan penumpang udara dari negara GCC ke Qatar sebanyak 90.98%, diikuti sebanyak 39.18% dari Rusia ke Turki, dan 17.28% dari China ke Malaysia. Selanjutnya, hasil analisis kedua mendapati kejutan dalam industri penerbangan yang disebabkan oleh sekatan penerbangan telah menyebabkan KDNK Malaysia berkurang sebanyak 3.5 bilion (konflik politik), RM 10.2 bilion (ketidakpatuhan audit penerbangan) dan RM 16.88 bilion (COVID-19). Selain itu, dapatan analisis ketiga mendapati berlakunya peningkatan dalam jumlah penumpang udara sekiranya tiada sekatan penerbangan dimana dianggarkan sebanyak 2,543 orang kurang daripada nilai yang sepatutnya diperoleh negara Malaysia. Implikasi dapatan ini mencadangkan pertama, sesebuah negara atau industri penerbangan perlu mengelak daripada terjerumus ke dalam sebarang bentuk konflik, mematuhi tahap piawaian keselamatan penerbangan yang ditetapkan oleh ICAO dan perlunya kesiapsiagaan dalam menguruskan krisis keselamatan dan kesihatan supaya dapat mengurangkan kesan krisis khususnya terhadap sektor pengangkutan udara. Kedua, pihak kerajaan seharusnya melaksanakan dasar yang memberi tumpuan kepada pembangunan industri penerbangan. Ketiga, perlunya campur tangan kerajaan melalui pendekatan konstruktif seperti pendekatan diplomatik dan komunikasi terbuka dengan negara lain untuk menyelesaikan pertikaian dan mengurangkan kesan sekatan penerbangan. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Ekonomi | en_US |
dc.subject | Perdagangan perkhidmatan | en_US |
dc.subject | Industri penerbangan | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Impak dan keberkesanan sekatan penerbangan dan campur tangan kerajaan terhadap industri penerbangan | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 302 | en_US |
dc.identifier.callno | HE9780.N837 2023 | en_US |
dc.identifier.barcode | 007178 | en_US |
dc.format.degree | Ph.D | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Impak dan keberkesanan sekatan penerbangan dan campur tangan kerjaan terhadap industri penerbangan.pdf Restricted Access | Full-text | 4.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.