Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772285
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad Saiful Mansor. Dr.en_US
dc.contributor.authorNor Adibah Ismail (P99813)en_US
dc.date.accessioned2024-01-10T06:46:55Z-
dc.date.available2024-01-10T06:46:55Z-
dc.date.issued2023-01-24-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772285-
dc.description.abstractSualo Api (Hirundo rustica) telah menjadi satu model popular bagi kajian berkenaan corak dan taburan penghijrahan kerana mempunyai taburan meluas di kebanyakkan tempat di dunia. Kebanyakan kajian yang dilakukan lebih tertumpu di kawasan pembiakannya dan kurang kajian dilakukan di kawasan ia berhijrah ketika musim sejuk terutamanya di Semenanjung Malaysia. Kajian ini telah dilakukan bermula 27 Oktober 2018 sehingga 26 Februari 2021. Kawasan yang terlibat adalah Bentong dan Raub Pahang, Gerik, Perak dan Kangar, Perlis. Tujuan kajian dijalankan adalah: 1) Untuk menganggarkan populasi Sualo Api di Bentong dan Raub; 2) Untuk mengenal pasti subspesies Sualo Api yang ditemui di Semenanjung Malaysia semasa musim hijrah; 3) Untuk mengenal pasti perbezaan morfologi antara kedua-dua jantina Sualo Api; 4) Untuk mengenal pasti diet pilihan Sualo Api sepanjang musim hijrah. Kajian anggaran populasi dilakukan menggunakan teknik kiraan blok. Teknik penjujukan Sanger digunakan untuk menentukan subspesies. Perbezaan morfologi antara jantina dikenal pasti melalui kaedah morfometrik dan disahkan menggunakan teknik molekul serta kajian diet pula dilakukan menggunakan teknik Penjujukan Generasi Hadapan. Nilai populasi terendah dicatatkan pada bulan Jun di Bentong (1 634) dan Raub (547) manakala nilai tertinggi adalah pada bulan Disember di Bentong (45 340) dan Raub (33 398). Tempat bertenggek yang paling digemari di kedua tempat adalah wayar perkhidmatan diikuti oleh belebas tingkap dan bumbung di Bentong manakala sebaliknya di Raub. Populasi yang berkurang menunjukkan mungkin terdapat gangguan persekitaran yang turut mengganggu tempoh kitaran penghijrahan burung. Pemilihan wayar perkhidmatan sebagai tempat bertenggek mungkin disebabkan oleh diameter wayar yang kecil serta keadaan di sekitar yang diterangi cahaya. Subspesies Sualo Api di Semenanjung Malaysia adalah terdiri daripada H. r. gutturalis walaupun mempunyai pewarnaan di bahagian ventral seakan-akan H. r. tytleri. Parameter terbaik dalam penentuan jantina adalah panjang bulu ekor paling hujung (T6) dan kedalaman cabang ekor (T6-T1). Diet Sualo Api pada awal musim hijrah terdiri daripada order Hymenoptera sebanyak 77.67% diikuti oleh order Diptera sebanyak 18.93%. Pada pertengahan musim hijrah, Sualo Api hanya memakan serangga daripada order Hymenoptera sahaja manakala pada akhir musim hijrah, kepelbagaian diet lebih bervariasi berbanding awal dan pertengahan musim. Hal ini mungkin disebabkan oleh kelimpahan serangga yang berkurang memaksa mereka untuk menjimatkan tenaga dengan tidak memilih diet yang spesifik disamping mempunyai waktu yang suntuk untuk mencari makan sebagai persediaan untuk berhijrah kembali ke tempat pembiakan. Data populasi yang diperoleh dapat membantu membuat perancangan bandar yang lebih baik dengan memastikan komuniti burung hijrah ini terpelihara sambil mengurangkan gangguan yang diterima oleh masyarakat setempat. Kajian ini membuktikan hanya satu subspesies Sualo Api sahaja yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu H. r. gutturalis. Penggunaan morfometri luaran untuk menentukan jantina lebih menjimatkan masa dan tenaga berbanding kaedah molekul. Pengenalpastian diet yang dilakukan juga dapat membantu membuat perbandingan diet di masa akan datang terutamanya di kawasan Sualo Api berhijrah.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMorphology (Animals)en_US
dc.subjectBarn swallowen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleSualo api (Hirunda rustica) di semenanjung Malaysiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.description.notesTesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”en_US
dc.format.pages113en_US
dc.identifier.callnoQL799.N637 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007228en_US
dc.format.degreeSarjana Sainsen_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Sualo Api (Hirunda Rustica) di semenanjung Malaysia dinamik populasi morgologi diet.pdf
  Restricted Access
partial446.02 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.