Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772279
Title: Kesedaran metakognitif kemahiran mendengar bahasa arab pelajar sekolah menengah negeri Johor
Authors: Nur Farahhuda Abdul Rahman (P113337)
Supervisor: Harun Baharudin, Dr
Keywords: Arabic language -- Study and teaching
Arabic language -- Study and teaching -- Malay speakers
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Oct-2023
Abstract: Kesedaran metakognitif dalam kemahiran mendengar menekankan dua elemen utama iaitu pengetahuan dan strategi metakognitif. Kekurangan tahap kesedaran metakognitif dalam pembelajaran kemahiran mendengar akan memberi impak negatif terhadap penguasaan bahasa seseorang individu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran metakognitif kemahiran mendengar bahasa Arab pelajar dan hubungannya dengan tahap pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab mereka. Seramai 300 daripada 1280 orang pelajar bahasa Arab tingkatan empat di sekolah menengah negeri Johor dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak strata berkadar. Kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah kajian tinjauan ini dijalankan menggunakan instrumen soal selidik Metacognitive Awareness Listening Questionnaire (MALQ) dan soalan ujian kemahiran mendengar bahasa Arab yang diadaptasi serta diubah suai daripada Goethe-Zertifikat A2 fit in Deutsch bagi bahasa Jerman. Dapatan data deskriptif dan inferensi kajian ini dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23. Dapatan kajian menunjukkan kesedaran metakognitif kemahiran mendengar bahasa Arab pelajar berada pada tahap sederhana (min = 3.41, sisihan piawai = 0.66). Manakala pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab pelajar berada pada tahap lemah (min = 46.32, sisihan piawai = 10.44). Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap positif kuat antara kesedaran metakognitif dengan tahap pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab (r = 0.92). Analisis Regresi Linear Berganda menunjukkan kesedaran metakognitif mempengaruhi pencapaian kemahiran mendengar pada nilai R2 = 0.85 bersamaan 85%. Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran metakognitif kemahiran mendengar pelajar perlu ditingkatkan. Perbincangan kajian ini boleh dijadikan panduan dalam merancang serta melaksanakan aktiviti kemahiran mendengar bagi meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab.
Pages: 173
Call Number: PJ6065.N837 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesedaran metakognitif kemahiran mendengar bahasa arab pelajar sekolah menengah negeri Johor.pdf
  Restricted Access
Full-text6.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.