Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772277
Title: Pengaruh efikasi kendiri guru besar novis terhadap komitmen organisasi guru di Melaka
Authors: Izzati Omar (P107558)
Supervisor: Jamalul Lail Abdul Wahab
Keywords: School principals
Management
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Oct-2023
Abstract: Pemimpin yang berefikasi mampu melahirkan guru yang berkomited terhadap sekolah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh efikasi kendiri guru besar novis dengan komitmen organisasi guru. Dapatan kajian lepas menunjukkan guru besar novis mempunyai kompetensi pengurusan yang terhad, bimbang tidak dapat meneruskan legasi terdahulu dan sukar untuk mengadaptasi budaya di sekolah baharu. Manakala, terdapat ketidaktekalan dalam komitmen organisasi guru di mana guru mempunyai tahap komitmen organisasi yang rendah akibat daripada masalah peribadi mereka sendiri. Kajian kuantitatif ini dijalankan di sekolah rendah yang ditadbir oleh guru besar novis di daerah Melaka Tengah. Seramai 242 orang responden telah dipilih melalui persampelan mudah. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian secara deskriptif mendapati kedua-dua tahap efikasi kendiri guru besar novis adalah sangat tinggi dan tahap komitmen organisasi guru adalah tinggi. Kesemua domain dalam efikasi kendiri guru besar novis berada pada tahap sangat tinggi secara berturutan iaitu dimensi kepimpinan pengajaran, dimensi kepimpinan moral dan dimensi pengurusan tugas. Kesemua domain dalam komitmen organisasi guru juga menunjukkan tahap tinggi dimulai dengan dimensi komitmen afektif, dimensi komitmen normatif dan dimensi komitmen berterusan. Selain itu, pengkaji mendapati wujud hubungan yang signifikan antara efikasi kendiri guru besar novis dengan komitmen organisasi guru. Komitmen organisasi guru pula didapati mempengaruhi sebanyak 7.5% varians efikasi kendiri guru besar novis. Kajian ini menunjukkan latihan pengurusan yang dilaksanakan terhadap bakal pemimpin sekolah dapat melahirkan guru besar yang berkualiti.
Pages: 163
Call Number: LB2831.9.I999 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pengaruh efikasi kendiri guru besar novis terhadap komitmen organisasi guru melaka.pdf
  Restricted Access
Full-text3.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.