Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772276
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairul Farhah Khairuddin, Dr.en_US
dc.contributor.authorNorgayah Mohamad Jasid (P109541)en_US
dc.date.accessioned2024-01-10T06:29:56Z-
dc.date.available2024-01-10T06:29:56Z-
dc.date.issued2023-09-11-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772276-
dc.description.abstractBilangan murid berkeperluan pendidikan khas di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Kekurangan infrastruktur dan tenaga profesional bagi menjalankan intervensi kepada murid yang terlibat menimbulkan pelbagai permasalahan yang bukan sahaja berlaku di peringkat sekolah malahan di luar konteks sekolah. Perkara ini telah menggalakkan ibu bapa untuk mencuba intervensi lain bagi membantu meningkatkan kefungsian anak mereka. Salah satu intervensi yang semakin popular ialah menggunakan haiwan seperti kuda. Intervensi ini telah lama diperkenalkan di negara-negara Barat, namun di Malaysia aktiviti berkuda dilihat sebagai satu aktiviti yang dipelopori oleh golongan elit. Objektif kajian ini adalah mengkaji kepelbagaian penglibatan ibu bapa dalam aktiviti berkuda. Kajian juga meneroka persepsi mereka tentang aktiviti ini dan melihat bagaimana aktiviti berkuda dapat meningkatkan perkembangan diri murid berkeperluan pendidikan khas. Pendekatan kualitatif digunakan iaitu melalui kaedah kajian kes. Sesi temu bual dijalankan bersama tujuh orang peserta iaitu ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan pendidikan khas dan telah mengikuti aktiviti berkuda. Data dianalisis secara tematik dengan bantuan perisian NVivo versi 12. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis penglibatan ibu bapa murid berkeperluan pendidikan khas ialah penglibatan dalam aspek keibubapaan dan aspek kesediaan untuk menyediakan pembelajaran di rumah kesan daripada aktiviti berkuda. Hasil dapatan juga mendapati persepsi ibu bapa dalam aktiviti berkuda merupakan satu pilihan kepada intervensi sedia ada, pengetahuan ibu bapa yang terhad tentang aktiviti dan aksesibiliti kepada aktiviti masih kurang. Memandangkan aktiviti berkuda sebagai intervensi untuk murid berkeperluan pendidikan khas masih baru di Malaysia, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada asas pengetahuan dan intervensi baharu kepada murid berkeperluan pendidikan khasen_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectSpecial education -- Activity programsen_US
dc.subjectSpecial educationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenglibatan dan persepsi ibu bapa terhadap aktiviti berkuda murid berkeperluan pendidikan khas pembelajaranen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages108en_US
dc.identifier.callnoLC4019.N637 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007219en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penglibatan dan persepsi ibu bapa terhadap aktiviti berkuda murid berkeperluan pendidikan khas pembelajaran.pdf
  Restricted Access
Partial1.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.