Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772268
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhadijah Abdul Razak, Dr.en_US
dc.contributor.authorNor Zaitulakmar Muda @ A Ghani (P113314)en_US
dc.date.accessioned2024-01-10T00:58:55Z-
dc.date.available2024-01-10T00:58:55Z-
dc.date.issued2023-08-04-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772268-
dc.description.abstractPentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah pentaksiran berterusan yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan penguasaan murid terhadap isi kandungan pelajaran dan dalam masa yang sama menambah baik pengajaran guru. Justeru, pelaksanaan PBD melihat kepada aspek kesediaan guru sebagai tonggak utama. Guru dilihat sebagai individu yang bertanggungjawab memastikan kejayaan pelaksanaan PBD menerusi proses pembelajaran. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kesediaan Guru Pendidikan Islam (GPI) sekolah rendah dari aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan terhadap pelaksanaan PBD setelah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menghapuskan sepenuhnya penilaian menerusi peperiksaan bermula pada penghujung tahun 2019. Kajian ini turut mengkaji perbezaan tahap kesediaan guru berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar di samping mengenal pasti hubungan antara tahap pengetahuan dan kemahiran dengan amalan terhadap pelaksanaan PBD ini. Seramai 250 daripada 675 guru Pendidikan Islam di daerah Seremban, Negeri Sembilan terlibat sebagai sampel kajian. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif menerusi kaedah tinjauan melalui penggunaan instrumen soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 28.0. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan kesediaan GPI dari aspek pengetahuan berada pada tahap tinggi (min=4.33, sp=0.39). Walau bagaimanapun, aspek kemahiran mencatatkan tahap sederhana tinggi (min=3.96, sp=0.38), begitu juga amalan turut mencatatkan tahap sederhana tinggi (min=3.82, sp=0.47). Menerusi Ujiant, dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan jantina (t=0.78, sig 0.435). Analisis Anova Satu Hala pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan pengalaman mengajar (F=4.419, sig=0.002). Melalui Ujian Korelasi Pearson, kajian mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana antara pengetahuan dan kemahiran dengan amalan guru terhadap pelaksanaan PBD ini dengan catatan nilai (r=0.422 dan r=0.527). Implikasi kajian menunjukkan kejayaan pelaksanaan PBD sememangnya bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan kesediaan guru sebagai pelaksana utama. Justeru, guru-guru khususnya GPI perlu berusaha dengan lebih gigih bagi mengukuhkan kesediaan dari aspek pengetahuan, dan dalam masa yang sama sentiasa proaktif dalam meningkatkan kemahiran serta amalan bagi memastikan proses pentaksiran ini dapat terus dilaksanakan secara lebih terancang dan holistik.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectEducational tests and measurementsen_US
dc.subjectObservationen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesediaan guru pendidikan islam sekolah rendah terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages243en_US
dc.identifier.callnoLB3051.N6377 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007186en_US
dc.format.degreeSarjana Pendidikanen_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesediaan guru pendidikan islam sekolah rendah terhadap pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD).pdf
  Restricted Access
Full-text4.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.