Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772267
Title: Amalan guru Youtuber bahasa Arab sekolah rendah
Authors: Nurzainatul Hajar Ismail (P113324)
Supervisor: Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Prof. Dr.
Keywords: Web-based instruction
Educational technology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Aug-2023
Abstract: Aplikasi YouTube merupakan salah satu medium media sosial yang popular dan kerap digunakan untuk tujuan pendidikan oleh para guru dan pelajar. Untuk menghasilkan video YouTube yang sesuai bagi tujuan pendidikan, seseorang guru itu memerlukan pengetahuan dan teknik pengajaran yang khusus. Hal ini kerana, terdapat beberapa permasalahan iaitu pembinaan video YouTube perlu dipelbagaikan, penggunaan terhad disebabkan stigma negatif dan teknik pengajaran yang tidak memberi impak kepada penguasaan murid. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan yang diperlukan guru YouTuber bahasa Arab, teknik pengajaran dan masalah murid dalam pembelajaran bahasa Arab seterusnya tindakan menanganinya dengan menggunakan video YouTube. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes yang terdiri daripada empat orang guru YouTuber bahasa Arab di negeri Selangor, Kedah dan Johor. Data kajian ini dikumpul dengan menggunakan protokol temu bual dan analisis dokumen. Data kajian ini juga di analisis dengan menggunakan perisian Atlas-ti versi 22 bagi menghasilkan tema dan sub tema kajian. Dapatan kajian menunjukkan dua pengetahuan yang diperlukan oleh guru YouTuber bahasa Arab. Pengetahuan tersebut ialah pengetahuan aplikasi YouTube dan pengetahuan pembinaan video YouTube. Manakala, teknik pengajaran guru YouTuber bahasa Arab pula merangkumi perancangan penyediaan video YouTube, penggunaan video YouTube mengikut tema pengajaran dan penggunaan video sepanjang sesi dalam bilik darjah. Antara masalah pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab ialah masalah murid yang tiada asas huruf hijaiyah, masalah murid yang tidak menguasai kemahiran bahasa, masalah murid yang tidak menguasai kosa kata dan masalah murid yang tidak menguasai tatabahasa. Justeru, kajian ini telah menghasilkan amalan guru YouTuber bahasa Arab sekolah rendah yang boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada guru-guru bahasa Arab di Malaysia. Diharapkan dapatan kajian dapat memudahkan guru dalam mengintegrasikan pendidikan digital melalui aplikasi YouTube dengan menghasilkan video YouTube pendidikan yang interaktif. Dengan itu, video YouTube ini dapat membantu penguasaan dan pembelajaran bahasa Arab murid- murid di sekolah rendah khususnya.
Pages: 216
Call Number: LB1044.87.N8377 2023 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Amalan guru youtuber bahasa arab sekolah rendah.pdf
  Restricted Access
Full-text9.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.