Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772224
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorElvy Suhana Mohd. Ramli, Dr.en_US
dc.contributor.advisorNorazlina Mohamad, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorAmardev Singh Thanu Kernail Singh (P83944)en_US
dc.date.accessioned2024-01-05T07:49:47Z-
dc.date.available2024-01-05T07:49:47Z-
dc.date.issued2019-06-04-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/772224-
dc.description.abstractPenggunaan glukokortikoid untuk jangka masa panjang mempunyai beberapa kesan dan salah satu daripadanya yang amat penting adalah osteoporosis aruhan glukokortikoid. Glukokortikoid adalah sebab utama kejadian osteoporosis sekunder dan ia meningkatkan risiko patah tulang dalam para pesakit. Menuruti kajian, madu mempunyai beberapa ciri penyembuhan seperti ciri anti-inflamasi, anti-bakteria, anti virus dan yang paling penting dalam osteoporosis, ciri antioksidan. Kajian menunjukkan bahawa ‘stingless bee honey’ (madu kelulut) mempunyai dua kali ganda nutrisi berbanding dengan madu biasa. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan madu kelulut terhadap metabolisme tulang dalam tikus yang mempunyai osteoporosis aruhan glukokortikoid. Sebanyak 46 tikus jantan Sprague Dawleydigunakan dalam kajian ini dari mana 32 ekor tikus menjalani prosedur adrenalektomi. Tikus teradrenalektomi dibahagikan kepada 4 kumpulan: kumpulan kawalan (C, n=8), kumpulan yang diberi suplemen kalsium (PC, n=8) kumpulan yang diberi madu kelulut sebanyak 200 mg/kg/sehari (KH1, n=8) dan kumpulan yang diberi madu kelulut sebanyak 400 mg/kg/sehari (KH2, n=8). Tikus teradrenalektomi juga diberi suntikan dexamethasone secara intramuskular pada dos 120 µg/kg berat badan untuk 6 hari seminggu. Tikus baki yang tidak menjalani adrenalektomi juga dibahagikan kepada 2 kumpulan: kawalan asas (BL, n=6) dan kumpulan sham (Sham, n=8). Tikus dalam kumpulan sham diberi suntikan air suling setiap hari sebagai gantian dexamethasone. Semua tikus dalam kajian ini dirawati untuk 6 hari seminggu selama 2 bulan. Sampel darah tikus diambil sebanyak dua kali iaitu sebelum memulakan rawatan dan dua bulan selepas menerima rawatan sebaik sahaja sebelum dikorbankan. Ujian untuk penentuan jisim tulang dibuat 6 hari sebelum penyembelihan. Selepas korban, sampel tulang diambil untuk ujian kekuatan biomekanikal tulang. Didapati bahawa aras penanda biokimia pembentukan tulang, iaitu osteokalsin adalah lebih tinggi secara signifikan (P<0.05) dalam kumpulan KH1 dan PC dan aras penanda serap semula tulang ‘Cross Linked C-Telopeptide of Type 1 Collagen’ (CTX) adalah lebih rendah dalam kumpulan KH2 dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan kawalan. Beberapa parameter kekuatan biomekanikal tulang juga dikekalkan dalam tikus yang diaruh osteoporosis yang menerima rawatan madu kelulut. Ujian jisim tulang menunjukkan bahawa tikus dalam kumpulan KH2 mempunyai jisim tulang lebih rendah secara signifikan (P<0.05) dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Didapati bahawa tiada perbezaan yang jelas di antara dos 400 mg/kg/sehari and 200 mg/kg/sehari madu kelulut. Secara kesimpulannya, madu kelulut dapat mengurangkan kesan sampingan glukokortikoid ke atas tulang dan boleh digunakan sebagai rawatan alternatif untuk mencegah kejadian patah tulang.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectHoneyen_US
dc.subjectAntioxidants -- therapeutic useen_US
dc.subjectOsteoporosis -- prevention & controlen_US
dc.subjectGlucocorticoids -- adverse effectsen_US
dc.titleKesan madu kelulut terhadap metabolisme tulang tikus jantan yang diaruh osteoporosis oleh glukokortikoiden_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages86en_US
dc.identifier.callnoQS20.5.A485k 2019 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002247162en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatanen_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan madu kelulut terhadap metabolisme tulang tikus jantan yang diaruh osteoporosis oleh glukokortikoid .pdf
  Restricted Access
Full-text1.55 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.