Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/729023
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzizah Ugusman, Dr.en_US
dc.contributor.advisorChua Kien Hui, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.advisorNor Anita Megat Mohd Nordin, Prof. Madya. Dr.en_US
dc.contributor.authorUma Mahgesswary A/P Sundar (P77779)en_US
dc.date.accessioned2023-12-29T03:20:16Z-
dc.date.available2023-12-29T03:20:16Z-
dc.date.issued2018-03-20-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/729023-
dc.description.abstractAsimetrik dimetilarginina (ADMA) merupakan perencat endogenus endotelium nitrik oksida sintase (eNOS). Peningkatan aras ADMA menyebabkan penurunan penghasilan nitrik oksida (NO) yang dikaitkan dengan disfungsi endotelium dan seterusnya aterosklerosis. Sebahagian besar ADMA disingkirkan melalui tindakan enzim dimetilarginina dimetilaminohidrolase (DDAH). Penurunan aktiviti DDAH menyebabkan peningkatan ADMA yang telah dilaporkan dalam banyak keadaan yang dikaitkan dengan faktor risiko kardiovaskular yang tinggi. Faktor nekrosis tumor-α (TNF-α) mengurangkan aktiviti DDAH yang menyebabkan peningkatan aras ADMA dan penurunan NO. Piper sarmentosum (PS) merupakan sejenis herba yang telah terbukti dapat merangsang penghasilan NO endotelium dengan meningkatkan ekspresi dan aktiviti eNOS. Oleh itu, kajian ini menentukan sama ada kesan positif PS terhadap penghasilan NO adalah berkaitan dengan modulasinya pada tapak jalan DDAH ADMA dalam sel endotelium vena umbilikus manusia (HUVEC) yang didedahkan kepada TNF-α. HUVEC dibahagikan kepada empat kumpulan: kawalan, rawatan dengan 250 µg/ml ekstrak akueus PS, aruhan dengan 30 ng/ml TNF-α dan rawatan serentak dengan PS dan TNF-α selama 24 jam. Selepas rawatan, HUVEC dikumpulkan untuk menentukan ekspresi mRNA DDAH 1 dan DDAH 2 menggunakan tindak balas berantai polimerase masa nyata kuantitatif (qPCR). Kemudian, aras protein DDAH ditentukan melalui asai enzim berkaitan imunosorben (ELISA) dan aktiviti enzim DDAH ditentukan melalui asai kolorimetri. Aras ADMA ditentukan melalui ELISA dan aras NO ditentukan melalui asai Griess. Berbanding dengan kumpulan kawalan, HUVEC yang diaruh dengan TNF-α menunjukkan penurunan ekspresi mRNA DDAH 1 (P < 0.05), aras protein DDAH (P < 0.05) dan aktiviti DDAH (P < 0.05). Rawatan dengan ekstrak PS berjaya meningkatkan ekspresi mRNA DDAH 1 (P < 0.05) aras protein DDAH (P < 0.05) dan aktiviti DDAH (P < 0.05) dalam HUVEC yang diaruh dengan TNF-α. Aruhan dengan TNF-α menyebabkan peningkatan aras ADMA (P < 0.05) dan penurunan penghasilan NO endotelium (P < 0.05). Manakala rawatan dengan PS dapat mengurangkan aras ADMA (P < 0.05) dan meningkatkan semula penghasilan NO (P < 0.05) dalam HUVEC yang diaruh dengan TNF-α. Kesimpulannya, keputusan kajian menunjukkan bahawa PS menggalakkan penghasilan NO endotelium dengan merangsang aktiviti DDAH dan seterusnya mengurangkan aras ADMA dalam HUVEC yang diaruh dengan TNF-α.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.subjectAsymmetric dimethylarginineen_US
dc.titleModulasi Ekstrak Akueus Piper Sarmentosum ke atas Tapak Jalan Dimetilarginina Dimetilaminohidrolase-Asimetrik Dimetilarginina dalam Sel Endotelium Vena Umbilikus Manusiaen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages39en_US
dc.identifier.callnoQT20.5.U48m 2018 9HUKMPRA tesisen_US
dc.identifier.barcode00002202560en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.