Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644576
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Md Nor Abdullah, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Muhammad Anas Alias (P95459) | en_US |
dc.date.accessioned | 2023-11-30T08:04:05Z | - |
dc.date.available | 2023-11-30T08:04:05Z | - |
dc.date.issued | 2022-08-23 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644576 | - |
dc.description.abstract | Pendepanan dan Pengakhiran merupakan salah satu gaya bahasa yang menjadi perhatian sarjana Balaghah dalam membuktikan kemukjizatan al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam banyak karya-karya Balaghah yang membahaskan kepentingan dan estetika gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran. Kajian aplikasi terhadap ayat-ayat dalam al-Quran juga semakin berkembang dalam pelbagai perspektif. Pemilihan surah Ali Imran sebagai korpus kajian kerana kajian ini tidak menjumpai kajian komprehensif didasari teori-teori tertentu. Penggunaan teori tertentu dalam sesebuah kajian akan menghasilkan hasil kajian berbeza dengan yang lain. Untuk menonjolkan keunikan gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran dalam surah Ali Imran, satu kajian komprehensif melibatkan teori tertentu perlu dilakukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti ayat-ayat dan jenis-jenis gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran dalam surah Ali Imran seterusnya mencungkil rahsia estetika terdapat dalam surah tersebut. Kaedah kajian digunakan dalam kajian ialah kajian kualitatif melalui metode deskriptif, induktif dan deduktif. Bagi merungkai estetika gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran dalam surah Ali Imran, teori al-Nazm oleh al-Jurjani akan diimplentasikan dalam proses analisis sampel data. Hasil kajian memperolehi data populasi ayat yang menepati ciri-ciri gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran sebanyak 118 ayat. Sebanyak 49 ayat dipilih secara rawak mewakili jenis-jenis gaya bahasa pendepanan dan pengakhiran terdapat dalam surah Ali Imran. Sebanyak 33 ayat dikenalpasti memenuhi ciri-ciri gaya bahasa ini melibatkan aspek tatabahasa Arab dan 16 ayat tidak melibatkan aspek tatabahasa Arab. Faktor dan peranan terhasil daripada aspek tatabahasa Arab ialah kepentingan, ancaman, penegasan, kemuliaan, celaan, penafian, penetapan dan hinaan. Manakala aspek tidak melibatkan tatabahasa Arab antaranya mendahului, susunan, sebab, bilangan dan kepentingan. Melalui hasil kajian ini, rahsia pendepanan dan pengakhiran kata dapat dirungkaikan khususnya dalam penafsiran surah Ali Imran dan menonjolkan keindahan i jaz bayani secara amnya. Hal ini dapat memberikan kefahaman lebih mendalam kepada masyarakat tentang rahsia isi kandungan surah Ali Imran. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Qurʼan -- Language, style | en_US |
dc.subject | Qur'an -- Surat Ali 'Imran -- Language, style | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Estetika gaya bahasa pendepanan (taqdim) dan pengakhiran (ta'khir) dalam surah Ali Imran berdasarkan teori Al-Nazm | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 181 | en_US |
dc.identifier.callno | PJ6696.Z6A458 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007189 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pengajian Islam | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Estetika gaya bahasa pendepanan Taqdim dan pengakhiran dalam surah Ali Imran berdasarkan teori Al Imran.pdf Restricted Access | Full-text | 1.69 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.