Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644569
Title: Diagnostik tahap penguasaan morfologi Arab terhadap pelajar SMKA
Authors: Tuan Nur Afifah Tuan Omar (P90063)
Supervisor: Suhaila Zailani @ Hj Ahmad, Dr.
Keywords: Arabic language -- Morphology -- Study and teaching
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Feb-2023
Abstract: Majoriti pelajar di peringkat menengah tidak dapat menguasai kemahiran membaca dalam Bahasa Arab disebabkan kurangnya penguasaan dalam morfologi. Masalah ini akan berlarutan di peringkat yang lebih tinggi sekiranya tidak di atasi. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengukur tahap penguasaan morfologi Arab dalam kalangan pelajar SMKA.Kajian ini juga bertujuan mendiagnosi aspek-aspek morfologi Arab yang kurang dikuasai oleh pelajar SMKA dan kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan Ujian Diagnostik Morfologi Arab (UDMA) sebagai instrumen kajian. Enam buah SMKA dipilih sebagai lokasi kajian secara cluster sampeling berdasarkan kriteria tertentu bagi mewakili lima zon di Malaysia (Zon Utara, Zon Tengah, Zon Pantai Timur, Zon Barat serta Zon Sabah dan Sarawak). Bilangan respondan seramai 539 orang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 daripada enam buah SMKA yang terpilih. Instrumen kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Winsteps Versi 3.69.1.11 dan aplikasi Rasch Model. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ujian Diagnostik Morfologi Arab mempunyai nilai kebolehpercayaan item yang tinggi iaitu 0.99. Nilai ini menunjukkan bahawa ujian ini boleh diimplementasi dalam kalangan pelajar SMKA. Terdapat beberapa aspek yang kurang dikuasai oleh pelajar, antaranya penggunaan pola imbuhan dalam ayat dan kata nama pecahan. Secara keseluruhannya, penguasaan pelajar SMKA dalam morfologi Arab berada di tahap sederhana. Seramai 288 orang pelajar berada di tahap sederhana, 202 orang pelajar pula berada di tahap yang baik dan hanya 17 orang murid sahaja berada di tahap yang cemerlang. Manakala bakinya, seramai 32 orang murid berada di tahap yang lemah. Kajian ini memberi implikasi yang besar kepada guru supaya mereka dapat membuat perancangan yang berkesan dengan memilih strategi pengajaran yang diangaap sesuai berdasarkan tahap penguasaan pelajar di samping memberi lebih banyak tumpuan terhadap aspek-aspek yang kurang dikuasai oleh pelajar.
Pages: 97
Call Number: PJ6131.T835 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Diagnostik tahap penguasaan morfologi arab terhadap pelajar SMKA.pdf
  Restricted Access
Full-text1.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.