Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644567
Title: Pembangunan asnaf fakir miskin di Selangor melalui program latihan
Authors: Muhammad Firdaus Hj.Suhaimi (P90201)
Supervisor: Abdul Ghafar Hj. Don, Prof. Dr.
Keywords: Zakat -- Malaysia -- Management
Poverty -- Prevention
Training
Poor -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Mar-2023
Abstract: Golongan asnaf adalah kumpulan masyarakat yang seringkali dikaitkan dengan masalah kehidupan seperti kemiskinan, kemelaratan, bebanan hidup dan kejahilan. Faktor kefakiran dan kemiskinan ini boleh mendorong mereka terjebak ke dalam anasir yang tidak sihat dan merosakkan. Keadaan hidup mereka yang mendesak perlu dibantu dengan tujuan meringankan bebanan, mengeluarkan dari belenggu kefakiran dan kemiskinan. Justeru mereka perlu diberi latihan agar dapat keluar dari kepompong kemiskinan dan tidak lagi bergantung kepada bantuan zakat. Kajian ini bertujuan menganalisis aspek pembangunan asnaf miskin di Selangor melalui program latihan yang dilaksanakan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Teknik temubual bagi mendapatkan data tentang bentuk latihan yang diberikan kepada asnaf zakat di Selangor telah dilakukan, di samping kaedah analisis dokumen. Kajian mendapati LZS telah melaksanakan program-program pembangunan dalam bentuk latihan, agar dapat membentuk peribadi asnaf di Negeri Selangor supaya keluar dari kepompong kemiskinan. Program dirangka secara khusus bagi tujuan membangunkan modal insan golongan asnaf fakir dan miskin melalui kursus dan latihan kemahiran. Ia meliputi aspek motivasi, sikap dan kekeluargaan dengan penekanan menerusi kursus-kursus kerohanian, tahsin al-c ibadah, tahsin al-qiraat, kursus keibubapaan dan latihan-latihan berbentuk program pembangunan ekonomi, pembangunan institusi agama seperti masjid, surau dan sekolah. Menerusi pembangunan institusi LZS telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan Anak Asnaf (Bait-Al Hasanah), Rumah Perlindungan Asnaf (Bait As Salam), Rumah Penjagaan Orang Tua (Bait Al-Mawaddah) dan Pusat Latihan Asnaf Selangor (PLAS). Implikasi kajian ialah asnaf fakir miskin tidak seharusnya menerima bantuan zakat secara berterusan. Mereka hendaklah dilatih dan dibimbing supaya dapat keluar dari status asnaf seterusnya menjadi penyumbang kepada zakat.
Pages: 92
Call Number: BP180.M8337 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan asnaf fakir miskin di Selangor melalui program latihan.pdf
  Restricted Access
Partial2.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.