Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644562
Title: Pemikiran 'Ali al-Sabuni terhadap lata'if Quraniyah dalam kitab Safwah al-tafasir
Authors: Muhammad Uzair Izham (P101655)
Supervisor: Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, Dr.
Keywords: Qur'an -- Criticism, interpretation, etc.
Qur'an -- Commentaries
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2023
Abstract: Laṭā’if Qur’ānīyah menekankan penghayatan nilai-nilai kerohanian dalam berinteraksi dengan al-Quran. Justeru itu, ia dapat membantu ke arah proses tadabbur yang sempurna setelah mendapatkan kefahaman atau mesej di sebalik ayat al-Quran. Topik ini mendapat perhatian ulama terdahulu dan kontemporari, antaranya ialah ᶜAlī al Ṣābūnī yang mengetengahkan Laṭā’if Qur’ānīyah secara eksplisit dalam karya Ṣafwah al-Tafāsīr. Walau bagaimanapun, pemikiran beliau ketika membahaskan topik ini masih belum diterokai. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti latar belakang yang membentuk ketokohan ᶜAlī al-Ṣābūnī dalam membahaskan Laṭā’if Qur’ānīyah dalam Ṣafwah al-Tafāsīr, mengkaji hubungan Laṭā’if Qur’ānīyah al-Ṣābūnī dengan surah-surah Makkiyah dan Madaniyah dan menganalisis dimensi pemikiran ᶜAlī al-Ṣābūnī terhadap Laṭā’if Qur’ānīyah dalam pentafsirannya. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan kitab Ṣafwah al-Tafāsīr. Data dianalisis secara induktif, deduktif dan seterusnya dihuraikan secara tematik dan deskriptif. Kajian ini mendapati latar belakang al-Ṣābūnī sememangnya membentuk ketokohan beliau dalam membahaskan Laṭā’if Quraniyah. Malah, enam puluh lima Laṭā’if Qur’ānīyah yang dikenalpasti, dapat membantu tadabbur melalui penghayatan berdasarkan ciri-ciri yang terdapat dalam surah Makkiyah dan Madaniyah. Selain itu, terdapat tiga tema utama Laṭā’if Qur’ānīyah yang dihuraikan, iaitu tarbiyah, keimanan dan Asālīb Bayān selain daripada tema-tema sampingan iaitu tafsīran tambahan dan hikmah pensyariatan syariat. Kajian ini telah membuktikan bahawa Laṭā’if Qur’ānīyah perlu diketengahkan dalam masyarakat untuk menyempurnakan proses tadabbur al-Quran secara kognitif dan afektif. Dalam konteks kontemporari, al-Ṣābūnī telah menampilkan Laṭā’if Qur’ānīyah secara praktikal sebagai bentuk kesinambungan daripada konsep al-Rāzī untuk dimanfaatkan bagi menghadapi isu-isu yang mendatang. Kajian ini juga telah mengangkat ketokohan al-Ṣābūnī sebagai ulama tafsir kontemporari yang menjadi rujukan dalam bidang Laṭā’if Qur’ānīyah serta melengkapkan kajian terhadap Ṣafwah al-Tafāsīr sekaligus memberi nilai tambah kepada konsep Laṭā’if Qur’ānīyah.
Notes: Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah”
Pages: 156
Call Number: BP130.4.M8378 2023 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemikiran Ali al Sabuni terhadap Lataif Quraniyah dalam kitab Safwah al Tafasir.pdf
  Restricted Access
Partial1.19 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.