Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644497
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azman Sulaiman, Dr. | en_US |
dc.contributor.author | Noor Aslinda Ummi Awang Besar (P88797) | en_US |
dc.date.accessioned | 2023-11-28T07:09:06Z | - |
dc.date.available | 2023-11-28T07:09:06Z | - |
dc.date.issued | 2023-07-10 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644497 | - |
dc.description.abstract | Kajian kerintangan nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus terhadap racun serangga telah dijalankan bermula Januari - Mac 2017 di lapan lokaliti terpilih yang melaporkan titik panas denggi. Lokaliti tersebut terletak di daerah Petaling Jaya, Selangor. Aktiviti kawalan vektor berperanan mengawal penyebaran virus denggi. Walau bagaimanapun, kebergantungan ke atas penggunaan bahan kimia dalam kawalan vektor telah meningkatkan kerintangan populasi Aedes. Objektif kajian ini adalah untuk 1) menentukan kepadatan vektor di lapan lokaliti hotspot denggi, 2) menilai dan membandingkan kelimpahan telur nyamuk Ae. aegypti dan Ae. albopictus dengan faktor iklim dan 3) menentukan tahap kerintangan dan kerentanan nyamuk terhadap racun kumpulan organofosfat (temephos, malathion dan pirimiphos methyl) dan piretroid (deltamethrin). Ovitrap telah dipasang di dua jenis penempatan (empat lokaliti jenis rumah teres dan empat lokaliti jenis pangsapuri). Ujian ke atas sampel larva dan dewasa dijalankan berdasarkan kaedah WHO/ZIKV/VC/16.1. Sejumlah 29, 156 telur nyamuk direkodkan bagi lapan lokaliti titik panas denggi dan hanya 20, 584 ekor berjaya menjadi individu dewasa. Ae. albopictus merupakan spesies dominan secara keseluruhan dengan 19 561 individu (95.03%) berbanding Ae. aegypti (1023 individu; 4.97%). Apartment Sri Indah merekodkan min telur nyamuk yang paling tinggi berbanding tujuh lokaliti yang lain sebanyak 2681.33 (27.59%) manakala TUDM adalah lokaliti yang paling rendah iaitu 609.67 (6.54%). Faktor lokaliti mencatatkan perbezaan yang signifikan pada Apartment Sri Indah dengan nilai p< 0.01 melalui Ujian Tukey. Indeks Ovitrap (OI) mempunyai julat peratus antara 17.36% - 49.89% di kesemua lokaliti. Apartment Sri Indah merekodkan nilai Indeks Ovitrap paling tinggi iaitu 49.89%, diikuti Kg. Paya Jaras (46.55%) dan Taman Puchong Utama (44.36%). Lokaliti TUDM mencatatkan nilai Indeks Ovitrap paling rendah sebanyak 17.36%. Analisis ANOVA satu hala mencatatkan nilai Indeks Ovitrap p< 0.05 namun, setiap lokaliti tersebut tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan melalui Ujian Tukey. Faktor hujan mempengaruhi kelimpahan Indeks Ovitrap dengan nilai p< 0.01 melalui analisis Ujian Regresi Linear Berganda. Ae. aegypti merekodkan peratus mortaliti paling tinggi berbanding Ae. albopictus pada hampir keseluruhan lokaliti titik panas iaitu melebihi 80% setelah 24 jam terdedah kepada racun jenis deltametrin 0.03%. Alam Budiman U10 mencatatkan peratus mortaliti Ae. aegypti paling tinggi sebanyak 99% apabila terdedah kepada racun deltametrin manakala strain bagi Brunsfield mencatatkan 91% peratus mortaliti pada racun pirimiphos methyl. Hasil ujian kerintangan yang dijalankan menunjukkan Taman Puchong Utama dan Kg. Paya Jaras adalah lokaliti yang merekodkan tahap kerintangan yang paling tinggi bagi Ae. albopictus (RR50= 6.86 kali ganda). Kerintangan Ae. aegypti pula paling tinggi di lokaliti TUDM (RR50=181.44 kali ganda) diikuti Gugusan Semarak (RR50=65.74 kali ganda). Nisbah kerintangan Ae. albopictus pada kesemua lokaliti adalah antara 1 - 7 kali ganda manakala Ae. aegypti berada pada julat 9 - 182 kali ganda. Kajian ini menunjukkan berlaku kerintangan yang tinggi ke atas nyamuk Ae. aegypti dan Ae. albopictus di lapangan yang merupakan salah satu punca kegagalan aktiviti kawalan vektor. Oleh itu, langkah pengurusan kerintangan perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan aktiviti kawalan vektor di titik panas. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Aedes | en_US |
dc.subject | Aedes aegypti | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Komposisi spesis dan status kerintangan nyamuk Aedes aegypti dan Aedes albopictus terhadap racun serangga lokaliti titik panas denggi terpilih di Petaling Jaya, Selangor | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 117 | en_US |
dc.identifier.callno | RA640.N636 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007160 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Sains | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Komposisi spesis dan status kerintangan nyamuk aedes aegypti dan aedes albopictus terhadap racun serangga lokaliti titik panas denggi terpilih di petaling jaya selangor.pdf Restricted Access | Full-text | 2.5 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.