Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644496
Title: Kesan pencahayaan terhadap pertumbuhan, penghasilanipid dan agen antimikrob di dalam mikroalga tempatan
Authors: Muhammad Azreen Mat Husin (P103290)
Supervisor: Nazlina Haiza Mohd Yasin, Dr.
Mohd Sobri Takriff, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Microalgae
Microorganisms
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-Oct-2022
Abstract: Kebanyakan bakteria telah mula rintang terhadap pelbagai antibiotik. Justeru itu, banyak kajian telah dijalankan bagi mencari alternatif lain bagi menggantikan penggunaan antibiotik sedia ada. Mikroalga merupakan mikroorganisma yang berpotensi mengumpul metabolit yang berupaya bertindak sebagai sebatian antimikrob. Namun begitu, kebolehan mikroalga tempatan sebagai penghasil agen antimikrob masih kurang dikaji. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan kadar pertumbuhan dan penghasilan sebatian metabolit antara mikroalga, melihat kesan tempoh pencahayaan terhadap penghasilan lipid dan menyaring mikroalga sebagai agen antimikrob. Dalam kajian ini, enam spesis mikroalga tempatan iaitu Characium sp. (UKM1), Chlorella sp. (UKM2), Coelastrella sp. (UKM4), Anabaena sp. (UKM5), Chlamydomonas sp. (UKM6) dan Scenedesmus sp. (UKM9) telah digunakan. Bagi mengkaji prestasi pertumbuhan mikroalga dan metabolit yang terhasil, setiap mikroalga dikultur di dalam media Bold Basal dan pertumbuhan diukur menggunakan nilai biojisim kering. Kemudian, kesan pencahayaan (dengan kawalan masa gelap dan cahaya) terhadap pertumbuhan mikroalga dan penghasilan metabolit dikaji. Kawalan pencahayaan dipilih sebagai saringan awal untuk menentukan kesan cahaya kepada pertumbuhan dan penghasilan lipid di dalam mikroalga. Seterusnya, semua mikroalga diekstrak menggunakan metanol dan setiap satunya disaring untuk pengenalpastian agen antimikrob terhadap bakteria Pseudomonas aeruginosa ATCC 10145 menggunakan kaedah resapan telaga. Hasil kajian menunjukkan kadar pertumbuhan spesifik maksimum (μmax) bagi UKM1, UKM2, UKM4, UKM5, UKM6 dan UKM9 masing-masing sebanyak 0.2569 hari-1, 0.2318 hari-1, 0.2486 hari-1, 0.2751 hari-1, 0.2316 hari-1 dan 0.2624 hari-1. Metabolit yang terhasil adalah lipid, protein, karbohidrat dan pigmen. Lipid menjadi indikator kepada penghasilan agen antimikrob di dalam biojisim mikroalga. Melalui analisis komponen prinsipal (PCA), hubung kait di antara penghasilan biojisim dan metabolit diperhatikan. Kawalan cahaya selama 12 jam cahaya dan 12 jam gelap menunjukkan kesan positif terhadap penghasilan biojisim dan lipid. UKM9 menghasilkan komposisi lipid tertinggi di dalam pelbagai keadaan pencahayaan berbanding mikroalga lain. Namun begitu, pengkulturan gelap menunjukkan penurunan biojisim dan penghasilan lipid kerana tiada sebarang metabolisme fotosintesis berlaku. Ekstrak yang diperoleh daripada UKM9 menunjukkan potensi terbaik dalam perencatan bakteria melalui kaedah resapan telaga. Kepekatan perencatan minimum bagi estrak UKM9 adalah sebanyak 4 mgL-1 yang merupakan kepekatan terendah yang boleh digunakan bagi merencat perumbuhan bakteria P. aeruginosa ATCC 10145. Ini menunjukkan potensi mikroalga UKM9 dalam menghasilkan agen antimikrob. Mikroalga tempatan berpotensi menghasilkan agen antimiktob yang boleh merencat pertumbahan bakteria patogen yang boleh dikembangkan sebagai alternatif baharu.
Pages: 116
Call Number: QK568.M52.M834 2022 tesis
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan pencahayaan terhadap pertumbuhan penghasilanipid dan agen antimikrob di dalam mikroalga tempatan.pdf
  Restricted Access
Partial1.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.