Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644490
Title: | Kajian kanji Dioscorea hispida Dennst.: pencirian dan penjerapan terhadap pewarna kompleks Rutenium, N719 |
Authors: | Nurul Amalina Ab Rahman (P82959) |
Supervisor: | Mohamad Azwani Shah, Prof. Dr. |
Keywords: | Starch Ruthenium Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Mar-2023 |
Abstract: | Serbuk kanji dihasilkan daripada ubi gadong, Dioscorea hispida Dennst., dianalisa dan diuji sebagai sebagai penjerap pewarna rutenium kompleks, N719. Kanji yang diperolehi daripada ubi gadong telah diesktrak menggunakan kaedah pengenapan dan dimurnikan sebelum serbuk kanji tersebut disimpan, dianalisis dan dilakukan ujian penjerapan. Keputusan analisis inframerah telah menunjukkan puncak spektrum FTIR pada 3424 cm-1 dan 2906 cm-1, adalah berpunca daripada getaran regangan kumpulan O-H dan C-H. Manakala puncak untuk getaran renggangan C-O-C boleh dilihat pada nombor gelombang 1013 cm-1 yang terdapat pada struktur molekul kanji. Selain itu, analisa terma menggunakan analisis terma gravimetrik (TGA) telah menunjukkan terdapat dua langkah degradasi berlaku pada kanji Dioscorea hispida Dennts. iaitu di antara julat suhu 28.76 ◦C hingga 147.11 ◦C yang disebabkan oleh kehilangan kelembapan dan langkah degradasi yang kedua ialah antara suhu 249.13 ◦C kepada 373.79 ◦C yang merujuk kepada pemutusan struktur asas kanji. Suhu peraliran kaca, Tg, bagi kanji Dioscorea hispida Dennts. yang diperolehi berdasarkan analisis DSC ialah pada 81.12 ◦C. Morfologi permukaan granul kanji telah menunjukkan permukaan yang licin serta berbentuk tetrahedral. Ujian penjerapan terhadap pewarna N719 dilakukan secara berkelompok berdasarkan berat penjerap, masa penjerapan dan kepekatan pewarna berbeza menggunakan spektrofotometer ultra lembayung-boleh nampak (UV-Vis). Kesan berat penjerap menunjukkan bahawa berat penjerap kanji ubi gadong adalah tertinggi pada 0.02 g dengan nilai kapasiti penjerapan 2.98 × 10-6. Manakala pada kesan masa pada kapasiti penjerapan menunjukkan bahawa penjerapan meningkat dalam masa 24 jam. Kapasiti jerapan pada kepekatan berbeza menunjukkan peningkatan apabila kepekatan awal pewarna N719 meningkat. Isoterma bagi berat penjerap 0.06 g adalah mengikut model Langmuir manakala bagi berat penjerapan 0.08 g pula, isotermanya mematuhi model Freundlich. |
Pages: | 47 |
Call Number: | TP415.N837 2023 tesis |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kajian kanji dioscorea hispida dennst pencirian dan penjerapan pewarna terhadap pewarna kompleks rutenium N719.pdf Restricted Access | Full-text | 1.85 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.