Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644439
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZuliskandar Ramli, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.authorPreethevan A/L Ramu (P100382 )en_US
dc.date.accessioned2023-11-27T07:54:30Z-
dc.date.available2023-11-27T07:54:30Z-
dc.date.issued2023-01-01-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/644439-
dc.descriptionPerpustakaan Alam Dan tamadun Melayuen_US
dc.description.abstractKebudayaan megalitik dipercayai telah wujud di Asia Tenggara ketika Zaman Neolitik dan mula berkembang pesat pada Zaman Logam. Namun begitu, penyebaran budaya megalitik di Malaysia dipercayai bermula pada zaman logam dengan melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia seperti Perak, Melaka, Sabah, Sarawak dan Negeri Sembilan. Sehingga ke hari ini, Budaya megalitik ini masih kekal menjadi satu misteri yang kabur bukan sahaja di Malaysia, malahan seantero dunia walaupun pelbagai kajian telah dijalankan. Dalam menyelusuri misteri Budaya megalitik serta pengaruhnya di Malaysia, kajian ini hanya akan memfokuskan kepada tinggalan kebudayaan Megalitik di Negeri Sembilan sahaja, rentetan, jumpaan batuan megalit serta pemetaan tapak megalit yang masih kabur. Pengumpulan data etnoarkeologi turut dilakukan di peringkat awal penyelidikan dan seterusnya merekodkan taburan batuan megalit di kawasan berkenaan. Seterusnya, dengan pelaksanaan kaedah Geographical Information System (GIS) dan Global Position System (GPS) yang diintegrasikan bersama, pemetaan semula tapak megalit di Negeri Sembilan terutamanya di Luak Tanah Berundang dan Wilayah Besar Tampin dapat dilakukan berdasarkan situasi semasa batuan tersebut. Di samping itu, penyelidikan ini turut memperjelaskan bentuk serta orientasi batuan megalit yang ditemui berdasarkan analisis tipologi, yang seterusnya membawa kepada fungsi batuan tersebut. Beberapa sesi temu bual turut dilakukan bersama orang sumber bagi menghuraikan maksud di sebalik pembinaan sesebuah batuan megalit itu, berlandaskan konteks Teori Struktural Fungsionalisme. Dengan kaedah penyelidikan yang dijalankan ini, ia secara tidak langsung telah menghasilkan satu bentuk pemetaan tapak megalit yang tepat serta lebih efisien berdasarkan koordinat yang diperolehi dan seterusnya dapat membantu dalam pengesanan batuan megalit bagi tujuan pemuliharaan serta pemeliharaan oleh pihak yang bertanggungjawab.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationInstitute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)en_US
dc.subjectSejarah Kebudayaan Negeri Sembilanen_US
dc.subjectPemetaanen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKebudayaan megalitik di Luak Berundang Negeri Sembilan dan Wilayah Tunku Besar Tampin : Pemetaan tipilogi fungsien_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages215en_US
dc.format.degreeSarjana Persuratanen_US
Appears in Collections:Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kebudayaan megalitik di Luak Berundang Negeri Sembilan dan Wilayah Tunku Besar Tampin ; Pemetaan dan tipologi fungsi.pdf
  Restricted Access
139.32 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.