Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604071
Title: Kepelbagaian dan taburan serangga ranting (Phasmatodea) pada altitud berbeza di Gunung Jerai, Kedah
Authors: Rabihah Ismail (P83534)
Supervisor: Azman Sulaiman, Dr.
Wahida Othman, Dr.
Keywords: Phasmatoptera
Insects
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-Nov-2022
Abstract: Phasmatodea merupakan kumpulan serangga yang sangat unik kerana mempunyai kemahiran penyamaran yang sempurna oleh morfologi luarannya yang mampu menyerupai ranting kayu, kulit kayu, kayu mati dan/ atau daun. Kepelbagaiannya yang tinggi di kawasan hutan hujan tropika telah menarik minat para ahli kaji serangga dari dalam dan luar negara untuk menjalankan penyelidikan yang berkait dengannya. Kelimpahan dan kepelbagaiannya yang tinggi serta mudah ditemui di kawasan tanah tinggi di Malaysia telah mendorong kepada pelaksanaan kajian ini berdasarkan tiga objektif iaitu 1) mengenalpasti kepelbagaian serangga ranting di Gunung Jerai, Kedah; 2) mengenalpasti taburan spesies serangga ranting mengikut ketinggian/ altitud berbeza di Gunung Jerai dan 3) mengenal pasti pemilihan tumbuhan perumah bagi setiap spesies serangga ranting. Persampelan telah dilakukan di Gunung Jerai selama 12 bulan iaitu dari Disember 2016 sehingga November 2017. Semua spesimen dikira dan direkodkan dan hanya spesies serangga ranting yang jarang dijumpai sahaja ditangkap dan dibawa pulang ke makmal bagi proses pengawetan dan disimpan sebagai rekod di Pusat Sistematik Serangga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Altitud dalam kajian ini telah dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu altitud atas L1 (1030 -1130 m), tengah L2 (700 – 800 m) dan bawah L3 (170 – 270 m). Sejumlah 400 individu serangga ranting yang mewakili 32 spesies di bawah empat famili dan lima subfamili telah berjaya ditemui dan dicamkan sehingga ke peringkat spesies dan subspesies. Lonchodidae diwakili oleh 27 spesies dalam 15 genus, Phasmatidae (dua spesies dalam dua genus), Heteropterygidae (dua spesies dalam dua genus) dan Aschiphasmatidae (satu spesies dalam satu genus). Bagi pengumpulan individu, altitud atas mempunyai jumlah individu paling tinggi dengan 292 individu, diikuti oleh altitud tengah (58 individu) dan bawah (50 individu). Indeks kepelbagaian Shannon (H’), Indeks kesamarataan (E’) dan Indeks kekayaan spesies (R’) mencatatkan nilai yang tertinggi di L2 dengan nilai masing-masing adalah (H’=2.76), (E’=0.75) dan (R’=4.93). Perbandingan Indeks Kepelbagaian Shannon (H’) tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>0.05) bagi setiap julat ketinggian. Kesemua tumbuhan perumah bagi serangga ranting telah berjaya dikenalpasti. Sejumlah 26 spesies tumbuhan perumah dijumpai di kawasan kajian. Lopaphus iolas adalah pemakan yang paling umum, mempunyai 14 spesies tumbuhan perumah. Hasil dari kajian ini adalah rekod yang pertama mengenai kepelbagaian dan taburan serangga ranting di Gunung Jerai, Kedah.
Pages: 136
Call Number: QL509.3.R333 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kepelbagaian dan taburan serangga ranting phasmatodea pada altitud berbeza di gunung jerai kedah.pdf
  Restricted Access
Full-text4.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.