Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604039
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Mokhtar Tahar, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nazrin Saleha Thajuddin (P107271) | - |
dc.date.accessioned | 2023-11-09T01:24:16Z | - |
dc.date.available | 2023-11-09T01:24:16Z | - |
dc.date.issued | 2023-02-17 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604039 | - |
dc.description.abstract | Berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain adalah proses penting bagi murid autisme. Kajian mengenai terapeutik LEGO dalam negara adalah terhad. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan blok LEGO klon dan mengenalpasti aspek kemahiran sosial yang menunjukkan peningkatan selepas sesi terapeutik LEGO klon. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru PPKI terhadap pendekatan bermain secara berkumpulan dan pandangan guru PPKI mengenai penggunaan blok LEGO klon. Kajian ini adalah kajian kuantitatif menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen Ujian Pra dan Ujian Pasca. Instrumen kajian adalah Senarai Semak Kemahiran Sosial murid autisme yang diadaptasi daripada Autism Social Skills Checklist dan Soal Selidik Guru Pendidikan Khas yang diadaptasi dari Teacher’s Understanding –Knowledge of the Instructional Peer Play/Group Play Intervention. Teori Sosial Konstruktivisme Vygotsky dan Model Pendekatan Main Bersepadu telah dijadikan asas dalam kajian ini. Sampel kajian adalah 30 orang murid autisme dan 44 orang guru PPKI dari 3 buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Murid autisme dibahagikan kepada sepuluh kumpulan kecil yang terdiri daripada lima kumpulan eksperimen dan lima kumpulan kawalan. Data tahap kemahiran sosial murid autisme dianalisis menggunakan SPSS versi 26.0 untuk analisis deskriptif dan inferen manakala data soal selidik guru dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian ujian t menunjukkan perbezaan yang signifikan skor min tahap kemahiran sosial murid autisme kumpulan eksperimen manakala tiada perbezaan yang signifikan skor min ujian pra dan pasca kumpulan kawalan. Aspek interaksi sosial menunjukkan peningkatan tertinggi selepas sesi terapeutik LEGO klon. Analisis data soal selidik guru PPKI menunjukkan tahap pengetahuan guru dan pandangan guru PPKI berada pada tahap tinggi. Rumusannya, penggunaan blok LEGO klon sebagai medium terapeutik berjaya meningkatkan kemahiran sosial murid autisme dan wajar dijadikan panduan dan alternatif kepada guru untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pemudahcaraan di sekolah. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Bangi | en_US |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Autistic children -- Means of communication | en_US |
dc.subject | Autism | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.title | Penggunaan blok lego klon sebagai medium terapeutik bagi meningkatkan kemahiran sosial murid autisme | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 146 | en_US |
dc.identifier.callno | RJ506.A9.N339 2023 tesis | en_US |
dc.identifier.barcode | 007135 | en_US |
dc.format.degree | Sarjana Pendidikan | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penggunaan blok lego klon sebagai medium terapeutik bagi meningkatkan kemahiran sosial murid autisme.pdf Restricted Access | Partial | 1.49 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.