Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604026
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Helmi Norman, Prof Madya Ts. Dr.-
dc.contributor.advisorNorazah Nordin, Prof Dato' Dr.-
dc.contributor.authorKhairol Azwar Mazin (P87025)-
dc.date.accessioned2023-11-09T01:17:59Z-
dc.date.available2023-11-09T01:17:59Z-
dc.date.issued2023-01-22-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/604026-
dc.description.abstractKaedah pembelajaran pelajar program teknologi automotif di Kolej Vokasional penting bagi menuju Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) bertepatan dengan Blue Print Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) melalui anjakan ketujuh iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Terdapat keperluan bagi melihat semula, menaik taraf kemudahan pembelajaran dan peralatan pembelajaran bagi melengkapkan atau menggantikan proses pengajaran dan pembelajaran sedia ada pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran visual, audiotori dan kinestatik (VAK) dan keperluan untuk mempraktiskan amalan pendidikan terbuka serta memanfaat penggunaan teknologi meningkatkan pembelajaran pelajar pendidikan vokasional. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunan modul pembelajaran dalam talian berasaskan pendekatan connectivisme menggunakan sumber pendidikan terbuka untuk pelajar mempelbagaikan sumber pembelajaran. Modul kursus Sistem Sokongan Keselamatan dengan menggunakan Massive Open Online Courses (MOOC) dibangunkan menggunakan kaedah Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) jenis I melibatkan lima fasa yang diadaptasi dari Model ADDIE iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Modul kursus disasarkan kepada pelajar yang mengikuti Program Diploma Teknologi Automotif atau Program Sistem Latihan Dual Nasional, pelajar di institut latihan kemahiran awam, institut latihan kemahiran swasta dan pusat latihan kemahiran bertauliah serta pelajar yang berminat menyertai kursus. Fasa pertama melibatkan analisis keperluan dengan kaedah tinjauan ke atas tiga puluh orang pelajar. Dapatan kajian digunakan bagi menentukan keperluan pembelajaran dan spesifikasi untuk membangunkan kursus. Fasa reka bentuk dan pembangunan melibatkan penyediaan bahan kandungan modul, semakan, konsensus dan penilaian pakar. Reka bentuk aktiviti kandungan modul dibuat berdasarkan kompetensi, analisis keperluan, teori dan model, kajian literatur dan analisis dokumen. Dalam fasa pelaksanaan dan penilaian, pengujian kebolehgunaan ke atas modul kursus dilakukan di semua kolej vokasional dengan seramai 405 orang murid telah mengambil bahagian. Sepanjang tempoh pembelajaran kursus, interaksi pembelajaran dan analitik pembelajaran pelajar dapat dilihat serta ditafsir dari data raya yang diperolehi dari penyedia perkhidmatan MOOC. Interaksi sosial, interaksi kognitif dan interaksi pengajaran oleh pelajar menunjukkan perbezaan yang tidak ketara diantara kompetensi pembelajaran. Terdapat 5 kategori pelajar yang menyertai kursus telah dikesan semasa fasa penilaian dengan peratusan pelajar yang paling tinggi adalah kategori pelajar aktif.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectWeb-based instructionen_US
dc.subjectComputer-assisted instructionen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePembangunan kursus sistem sokongan keselamatan menggunakan massive open online courses (MOOC)en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages346en_US
dc.identifier.callnoLB1044.87.K483 2023 tesisen_US
dc.identifier.barcode007132en_US
dc.format.degreePh.Den_US
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan kursus sistem sokongan keselamatan menggunakan maasive open online courses MOOC.pdf
  Restricted Access
Full-text4.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.