Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/593426
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Fatimah Ibrahim, Prof. Madya. Dr. | - |
dc.contributor.advisor | Khairul Osman, Prof. Madya. Dr. | - |
dc.contributor.author | Rafeah Pakri Mohamed (P75055) | - |
dc.date.accessioned | 2023-11-07T00:49:20Z | - |
dc.date.available | 2023-11-07T00:49:20Z | - |
dc.date.issued | 2019-12-19 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/593426 | - |
dc.description.abstract | Tabiat merokok dan tekanan kerja telah dikaitkan dengan ketidaksuburan. Mekanismenya kurang jelas tetapi ianya dikaitkan dengan serangan radikal bebas terhadap membran sperma. Kajian ini dilakukan untuk menentukan pengaruh tekanan kerja dan tabiat merokok terhadap bilangan, motiliti, viabiliti, kepadatan kromatin DNA sperma dan kerosakan DNA sperma melalui tapak jalan peroksidasi lipid. Seramai 210 responden dari Klinik Kesuburan Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah bersetuju untuk menyertai kajian soal selidik tabiat merokok dan tekanan kerja ini. Persampelan semen dilakukan secara mastubasi dan analisis dilakukan berdasarkan garis panduan WHO. Bilangan dan motiliti sperma diukur menggunakan alat pengira Makler, viabiliti sperma pula diukur dengan menggunakan Ujian Kebengkakan Hipoosmotik (HOST). Manakala, status kerosakan DNA dinilai melalui asai komet dan kepadatan kromatin DNA pula diukur dengan menggunakan pewarnaan anilin biru dan chromomycin A3. Aras unsur surih semen diukur menggunakan “Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry” (ICPMS) dan spektrofotometer digunakan untuk mengukur aras peroksidasi lipid. Data demografik kajian menunjukkan majoriti responden terdiri daripada bangsa Melayu, berpendidikan tinggi, berpendapatan sederhana dan pekerja swasta. Separuh responden adalah perokok dan bukan perokok pula terdedah kepada asap rokok lebih kurang 1 jam sehari. Hasil kajian mendapati terdapat korelasi yang positif di antara tekanan kerja dan tabiat merokok (p<0.01, r=0.446**). Tabiat merokok telah menunjukkan korelasi negatif terhadap bilangan, motiliti, viabiliti dan kepadatan kromatin DNA sperma. Kekurangan kepadatan kromatin DNA sperma telah meningkatkan kerosakan DNA sperma. Kerosakan DNA adalah lebih prevalen di golongan oligospermia. Tabiat merokok juga menunjukkan korelasi positif dengan aras peroksidasi lipid (p<0.05, r=0.439*). Kajian ini mendapati aras kuprum telah menunjukkan korelasi yang negatif terhadap aras peroksidasi lipid (p<0.05, r=-0.443*) di kalangan perokok. Kesimpulannya, tekanan kerja meningkatkan bilangan batang rokok yang diambil oleh perokok. Merokok didapati mengurangkan parameter kualiti sperma dan meningkatkan kerosakan DNA melalui pengurangan kepadatan kromatin DNA sperma mengikut tapak jalan peroksidasi lipid. Proses peroksidasi lipid diaruh oleh pengurangan aras unsur surih kuprum di dalam semen perokok. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | en_US |
dc.relation | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan | en_US |
dc.rights | UKM | en_US |
dc.subject | Infertility, Male | en_US |
dc.subject | Reproductive Health | en_US |
dc.subject | Smoking | en_US |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | en_US |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | en_US |
dc.title | Kesan tekanan kerja dan tabiat merokok terhadap kualiti dan integriti DNA sperma di kalangan lelaki tidak subur di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. | en_US |
dc.type | Theses | en_US |
dc.format.pages | 64 | en_US |
dc.format.degree | Ijazah Doktor Falsafah (Fisiologi) | en_US |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesan tekanan kerja dan tabiat merokok terhadap kualiti dan integriti DNA sperma di kalangan lelaki tidak subur di Hospital Canselor Tuanku Muhriz..pdf Restricted Access | Partial | 1.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.