Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/593261
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAminuddin Abdul Hamid Karim, Prof. Dr.-
dc.contributor.advisorNor Anita Megat Mohd Nordin, Prof. Madya. Dr.-
dc.contributor.authorNaziah Dollah (P36831)-
dc.date.accessioned2023-11-06T23:42:57Z-
dc.date.available2023-11-06T23:42:57Z-
dc.date.issued2015-08-17-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/593261-
dc.description.abstractKeresahan mempengaruhi prestasi penembak. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan mendengar bacaan Al-Quran dan muzik terhadap tahap keresahan seseorang penembak dan ketepatan tembakan di samping mengenalpasti strategi yang berkesan dalam menangani keresahan. Kajian ke atas kesan mendengar bacaan Al Quran atau muzik terhadap tahap keresahan ini diukur melalui ujian kaji selidik “State Trait Anxiety Inventory” (STAI) dan ketepatan tembakan melalui sistem SCATT dilakukan ke atas 27 orang atlet pelapis sukan menembak kebangsaan (13 orang lelaki dan 14 orang perempuan yang terdiri daripada 26 orang Muslim dan seorang bukan Muslim). Penembak dibahagikan (melalui kaedah “systematic counter balancing”) kepada kumpulan Al-Quran (KQ), muzik (KM) sebagai kumpulan intervensi dan kumpulan kawalan (KK). Penembak bukan Muslim berada dalam kumpulan muzik. Skor ujian kaji selidik STAI terdiri daripada skor S (state) dan T (trait). Penurunan skor STAI pula menunjukkan penurunan tahap keresahan penembak. Peningkatan skor SCATT menunjukkan peningkatan ketepatan tembakan. Kadar denyutan jantung (HR) penembak serta polanya diperolehi melalui sistem Power Lab bagi setiap 20, 15, 10 dan 5 saat sebelum dan selepas tembakan termasuklah semasa tembakan dilepaskan yang direkod sebagai 0 saat. Penyelidikan dijalankan di lapang sasar tertutup dengan jarak 10 meter daripada sasar bertempat di Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS (V: 16) dan dijelaskan pula dengan ujian ANOVA sehala diikuti dengan analisa pos hoc menggunakan ujian Scheffe dan ujian-t berpasangan. Keputusan ujian pra menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam ujian Pos Hoc Scheffe antara kumpulan kawalan (KK) dan kumpulan eksperimen (Muzik: KM atau Al-Quran: KQ) bagi skor STAI. KQ menunjukkan skor S menurun lebih baik berbanding KK MD = 14.67, (p< 0.05). Skor ‘T’ bagi KQ menurun dengan lebih baik berbanding KK, MD = 17.78, (p< 0.05) sementara KK dan KM, MD= 14.45, (p< 0.05). Namun begitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor S dan T di antara KM dan KQ, (p>0.05). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi HR penembak di antara semua kumpulan. Walau bagaimana, HR KK pra intervensi semasa tembakan dilepaskan didapati lebih tinggi, MD = 12.88, (p<0.05). HR KQ pos intervensi pada masa 10 saat sebelum tembakan dilepaskan lebih rendah berbanding pra intervensi MD = 7.71, (p<0.05). Skor SCATT KQ selepas intervensi adalah lebih tinggi berbanding KK, MD = 4.83, (p<0.05). Skor SCATT KQ juga lebih tinggi berbanding KM, MD = 4.59 (p<0.05). Kesimpulannya, mendengar bacaan Al-Quran atau muzik dapat mengurangkan tahap keresahan di kalangan penembak Muslim. Al-Quran tetapi bukan muzik juga meningkatkan ketepatan dalam tembakan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Kuala Lumpuren_US
dc.relationFaculty of Medicine / Fakulti Perubatanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMusic -- psychologyen_US
dc.subjectMusic Therapyen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKesan mendengar bacaan Al-Quran atau muzik terhadap tahap keresahan dan ketepatan tembakan.en_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages41en_US
dc.format.degreeIjazah Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi)en_US
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan mendengar bacaan Al-Quran atau muzik terhadap tahap keresahan dan ketepatan tembakan..pdf
  Restricted Access
Partial382.28 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.