Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/582040
Title: Kesan penyakit gestational diabetes mellitus dan preeklampsia semasa kehamilan ke atas kualiti sel stem hematopoietik darah tali pusat
Authors: Mohd Razif Mohd Idris (P83043)
Supervisor: Fazlina Nordin, Dr.
S Fadilah Abd Wahid, Prof. Dr.
Keywords: Diabetes, Gestational
Pregnant Women
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Aug-2019
Abstract: Sel stem hematopoietik CD34+ (HSC) yang diekstrak daripada darah tali pusat (UCB) mempunyai kelebihan untuk bercambah dan berkembang serta mempunyai beberapa kelebihan utama bagi tujuan transplantasi. Walau bagaimanapun, kajian masakini kebanyakannya lebih mengkaji pengaruh faktor-faktor obstetrik ke atas kualiti UCB dengan kajian yang melihat kesan penyakit umum semasa kehamilan seperti gestational diabetes mellitus (GDM) dan preeklampsia (PE) ke atas kualiti UCB HSC adalah terhad. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan bilangan sel CD34+ dan jumlah sel bernukleus (TNC) UCB daripada ibu hamil dengan GDM dan PE, dan penentuan faktor maternal dan perinatal yang mempengaruhi parameter UCB. Selain itu, kesan penyakit PE dan GDM ke atas keupayaan sel untuk membentuk semula populasi hematopoietik sebagai tanda kebolehupayaan untuk pembaharuan sel menggunakan ujian unit pembentuk koloni (CFU). Sejumlah 112 sampel UCB (32 PE, 42 GDM dan 38 subjek Kawalan) telah diambil. Bilangan sel CD34+ dan TNC dikira menggunakan kit penomboran sel stem Trucount dan dihitung menggunakan mesin sitometri aliran BD FACSCalibur. Sel mononuklear (MNC) diisolasi menggunakan kaedah pengemparan kecerunan ketumpatan. Pengayaan sel CD34+ pula menggunakan kaedah turus medan magnetik. Bilangan sel yang sedikit diambil hasil dari pengayaan sel CD34+ dan seterusnya dikultur di dalam media untuk analisis CFU. Hasil kajian mendapati TNC dan bilangan sel CD34+ berkurangan secara signifikan dalam kumpulan GDM dan PE berbanding dengan kumpulan Kawalan. Kumpulan GDM menunjukkan korelasi yang signifikan di antara faktor tekanan darah sistolik dengan bilangan sel bernukleus (NCC) dan TNC (p=0.007, p=0.017), faktor berat plasenta mempunyai korelasi yang signifikan dengan isipadu, NCC dan TNC (p=0.015, p<0.0005, p<0.0005) dan faktor berat bayi mempunyai korelasi dengan NCC dan TNC (p=0.017, p=0.011). Kumpulan PE menunjukkan faktor berat bayi mempunyai korelasi yang signifikan dengan isipadu, NCC dan TNC (p=0.018, p=0.001, p=0.001), faktor tekanan darah sistolik pula mempunyai korelasi yang signifikan dengan isipadu, sel CD34+ dan jumlah sel CD34+ (p<0.0005, p=0.046, p=0.013). Kumpulan PE juga menunjukkan faktor usia kehamilan mempunyai korelasi yang signifikan dengan NCC dan TNC (p<0.0005, p<0.0005). Koloni sel stem hematopoietik dari kumpulan PE dan GDM lebih rendah berbanding kumpulan kawalan. Tetapi, progenitor BFU-E bagi kumpulan GDM menunjukkan bilangan koloni yang lebih tinggi yang berkemungkinan disebabkan oleh proses eritropoiesis yang aktif. Hasil pencirian sel mendapati HSC UCB membawa ciri-ciri sel yang tidak bersifat primitif. Pada sampel sel pengayaan CD34+ , penyakit PE memberi kesan negatif yang signifikan kepada penanda CD45 (p=0.025). Penyakit PE dan GDM juga memberi kesan negatif yang signifikan kepada penanda CD34 (p<0.05, p<0.05) dan CD117 (p<0.05, p<0.05). Asai kepekatan insulin menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara kumpulan kehamilan. Manakala kepekatan eritropoietin (EPO) adalah sangat tinggi secara signifikan pada kumpulan PE dan GDM berbanding Kawalan (p<0.0005, p<0.0005). Kesimpulannya, PE dan GDM memberi kesan kepada kualiti UCB HSC. Ujian CFU amat berguna sebagai penilaian sokongan dan kawalan kualiti untuk penderma UCB daripada kehamilan berpenyakit. Penemuan ini boleh dipertimbangkan sebagai panduan apabila memilih UCB dari ibu-ibu hamil dengan PE dan GDM untuk perbankan dan meramalkan kejayaan transplantasi.
Pages: 154
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.