Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578971
Title: | Mantera dalam perawatan tradisional melayu di kedah: analisis menurut perspektif akidah islam |
Authors: | Ahmad Fazli Shafie (USM) Mohd. Nizam Sahad (USM) |
Keywords: | Amalan mantera Rawatan tradisional Melayu Bomoh Akidah |
Issue Date: | Jan-2016 |
Description: | Perawatan tradisional Melayu telah lama wujud dan berkembang di Nusantara. Tinjauan awal mendapati seramai 18 orang pengamal perawatan tradisional di sekitar negeri Kedah menggunakan kaedah amalan mantera dalam perawatan. Makalah ini meneliti amalan mantera dari sudut cara rawatan dan kaitannya menurut perspektif akidah Islam. Ikhtiar rawatan perlulah selari dengan kehendak Islam kerana akidah tauhid merupakan perkara asas yang perlu dipelihara daripada unsur syirik, khurafat dan tahayul. Oleh sebab kajian ini berbentuk kualitatif, kaedah pengumpulan data kepustakaan dan kajian lapangan digunakan untuk memperoleh data. Temu bual dan kaedah pemerhatian turut serta digunakan. Hasil kajian mendapati pengamal perawatan tradisional Melayu di Kedah kebanyakannya mempunyai perkaitan secara langsung dengan permintaan untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan daripada makhluk ghaib seperti khadam, jin dan sebagainya. Pesakit disarankan menyelidiki dahulu kaedah rawatan yang digunakan supaya tidak terjebak dalam perawatan tradisional yang bercanggah dengan syariat Islam. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 9 |
Pages: | 1-31 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116364+Source01+Source010.PDF | 526.88 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.