Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578969
Title: Pengaruh budaya melayu dalam gelagat pembahagian harta pusaka di Malaysia
Authors: Jasni Sulong (USM)
Keywords: Melayu
Budaya
Harta pusaka
Gelagat
Islam
Issue Date: 2016
Description: Orang Melayu mempunyai budaya yang khusus yang biasa diberikan jolokan “budaya Melayu”, “perangai orang Melayu” atau “adat Melayu”. Beberapa elemen yang dihubung kait dengan amalan adat, termasuklah dari aspek pembahagian harta pusaka. Pengaruh adat ini bukan sahaja memberikan kesan kepada corak pembahagian harta pusaka, malah juga kepada gelagat dalam pengurusan pembahagian harta pusaka. Berdasarkan amalan, pengaruh adat ini mengatasi peraturan yang ditetapkan dalam agama. Misalnya, harta dibahagikan secara sama rata antara adik-beradik lelaki dengan perempuan. Kebiasaannya pembahagian harta pusaka tidak dilakukan sehinggalah kedua-dua pasangan meninggal dunia. Campuran antara adat dengan agama dalam praktis ini menunjukkan berlakunya asimilasi budaya ke atas agama. Amalan ini berkembang dalam masyarakat, sehingga menyebabkan sesetengah anggota masyarakat tidak dapat membezakan antara ajaran agama dengan budaya. Oleh sebab itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengetengahkan percampuran antara budaya dengan gelagat, dan pengaruhnya dalam budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Penelitian membandingkan hukum syarak dengan amalan adat, terutama mengenai corak pembahagian harta pusaka. Hasil kajian menunjukkan gelagat dan budaya masyarakat Melayu terhadap adat dan agama di Malaysia, dan menganjurkan langkah-langkah asimilasi supaya adat yang diamalkan bertepatan dengan syariat Islam.
News Source: Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu
ISSN: 1675-6460
Volume: 9
Pages: 94-114
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116362+Source01+Source010.PDF476.1 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.