Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578957
Title: Peranan lembaga tabung haji untuk meningkatkan ekonomi dan perkhidmatan haji orang melayu 1969–1984
Authors: Aiza Maslan@Baharudin (USM)
Keywords: Lembaga Tabung Haji
Orang Melayu
Makkah
Ibadah haji
Ekonomi
Issue Date: 2016
Description: Makalah ini meneliti peranan Lembaga Tabung Haji (LTH) dalam usaha meningkatkan ekonomi dan perkhidmatan haji orang Melayu. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah kajian kepustakaan, khususnya Laporan Tahunan Lembaga Tabung Haji. Penubuhan LTH memberikan kemudahan kepada orang Melayu menyimpan wang secara berdikit-dikit untuk menunaikan ibadah haji tanpa perlu menjual harta benda dan mengalami kesempitan hidup sekembali dari Tanah Suci Makkah. Lembaga Tabung Haji bukan sahaja bertanggungjawab memelihara kebajikan jemaah haji dari aspek kesihatan, pengangkutan dan penginapan tetapi juga berusaha melindungi jemaah haji daripada sebarang bentuk penipuan dan eksploitasi daripada pelbagai pihak. Pengalaman orang Melayu mengalami pelbagai kesulitan untuk merealisasikan cita-cita mereka menunaikan ibadah haji turut mengalami perubahan secara beransur-ansur dengan pelaksanaan sistem pengurusan haji yang lebih sistematik dan teratur.
News Source: Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu
ISSN: 1675-6460
Volume: 9
Pages: 153-176
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116354+Source01+Source010.PDF513.42 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.