Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578954
Title: 1819: Penubuhan Singapura dari kaca mata Isa Kamari
Authors: Harry Aveling
Keywords: Penubuhan Singapura
Sir Thomas Stamford Raffles
Sultan Hussein
Kepimpinan politik
Candu
Issue Date: 2016
Description: 1819 merupakan tahun “penubuhan Singapura” oleh pihak British. Pada awal tahun tersebut, Sir Stamford Raffles menandatangani perjanjian awal dengan Temenggung Johor bagi membolehkan pihak British menubuhkan sebuah pusat perdagangan di pulau tersebut (Turnbull, 1989:1). Menjelang tahun 1824, keinginan British untuk mendirikan sebuah pusat perdagangan direalisasikan dengan sebuah perjanjian yang membolehkan pihak British menguasai seluruh Singapura. 1819 juga merupakan tajuk yang diberikan kepada terjemahan Inggeris novel Duka Tuan Bertakhta (2011) oleh penulis tersohor Melayu Singapura Isa Kamari. Novel tersebut berkisar tentang peristiwa yang berlaku pada tahun tersebut di Singapura. Dalam novel tersebut, Raffles, Temenggung Johor dan Sultan Johor yang baru ditabalkan, iaitu Sultan Hussein, memainkan peranan utama. Namun, peranan mereka juga diimbangi dengan peranan yang dimainkan oleh seorang wali, iaitu Habib Nuh, mahaguru silat Wan Cantuk, dan Munsyi Abdullah, yang memberikan pandangan mereka yang tersendiri tentang kesan penjajahan British terhadap Singapura. Dalam makalah ini, tumpuan diberikan terhadap cara Isa menyampaikan ceritanya, bukan tentang penubuhan Singapura pada tahun 1819, sebaliknya tentang kerugian yang dialami oleh masyarakat Melayu Singapura, dan implikasi yang digambarkan dalam cerita tersebut untuk masyarakat Melayu Singapura pada masa kini.
News Source: Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu
ISSN: 1675-6460
Volume: 8
Pages: 93-120
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116351+Source01+Source010.PDF474.7 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.