Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578952
Title: | Asal usul melayu Sarawak: menjejaki titik tak pasti |
Authors: | Jeniri Amir (UNIMAS) |
Keywords: | Melayu Sarawak Islam Asimilasi Hubungan etnik Peribumi |
Issue Date: | 2016 |
Description: | Orang Melayu Sarawak bersifat kompleks. Orang Melayu Sarawak hasil daripada pelbagai proses dan perjalanan sejarah dan budaya, termasuk penghijrahan, asimilasi mutlak dan amalgamasi apabila mereka memeluk agama Islam. Tujuan makalah ini adalah untuk mengenal pasti asal usul bangsa Melayu di Sarawak. Terdapat empat pendapat tentang asal usul dan keturunan orang Melayu di Sarawak. Pertama, bangsa Melayu merupakan kaum asal dan peribumi Sarawak, dan bukannya pendatang dari daerah atau wilayah lain, sama seperti Melayu asal di Brunei, Sabah, Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan lain-lain. Kedua, bangsa Melayu dipercayai berasal dari kawasan Nusantara termasuk dari Jawa dan Sumatera. Ketiga, bangsa Melayu dikatakan berasal dari luar Nusantara, iaitu orang Arab yang mengasimilasikan dan mengamalgamasikan diri dengan kaum Melayu dan kaum lain. Keempat, kaum peribumi lain di Sarawak yang memeluk agama Islam dan mengasimilasikan diri secara mutlak sehingga identiti asal terhakis. Golongan ini merupakan kaum yang “masuk Melayu” sehingga beberapa kaum peribumi minoriti Sarawak dikatakan pupus kerana proses ini. Hakikatnya, meskipun terdapat Melayu asli dan peribumi asal Sarawak, Melayu Sarawak juga berasal dari luar Sarawak kesan daripada proses asimilasi dan amalgamasi kaum bukan Islam terhadap bumiputera Islam. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 8 |
Pages: | 1-17 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116350+Source01+Source010.PDF | 408.7 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.