Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578943
Title: | Adaptasi teks hikayat merong mahawangsa kepada filem: analisis perbandingan unsur naratif |
Authors: | Mohamed Nazreen Shahul Hamid (USM) Md. Salleh Yaapar (USM) |
Keywords: | Adaptation Film Literary history Hikayat Merong Mahawangsa Narrative elements |
Issue Date: | 2016 |
Description: | Kajian ini bertujuan membandingkan filem Hikayat Merong Mahawangsa dengan teks sumbernya dari sudut unsur naratif, iaitu plot, watak, latar, gaya penulisan dan tema untuk melihat sejauh mana wujudnya persamaan dan perbezaan antara filem dengan karya tersebut, dan menganalisis serta menilai bentuk dan kaedah adaptasi yang telah digunakan oleh pengarah filem dan penulis skrip. Teori adaptasi oleh Desmond dan Hawkes telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dilaksanakan melalui gemblengan kaedah kepustakaan, temu bual, analisis tekstual, dan pencarian maklumat dalam internet. Kajian ini mendapati bahawa penulis skrip dan pengarah filem telah menggunakan bentuk “adaptasi longgar”, iaitu dengan mengubah atau mengolah semula sebahagian besar unsur yang terdapat dalam teks asal. Malah, terdapat perkara yang dibuang dan ditambah oleh penulis skrip dan pengarah filem. Semua ini dilakukan untuk disesuaikan dengan jalan cerita filem Hikayat Merong Mahawangsa yang umumnya memang menarik dan berkesan. Unsur logik telah mendominasi filem ini berbanding teks asal yang kaya dengan pelbagai unsur mitos dan legenda. Kepentingan kajian ini untuk memberikan kefahaman tentang kompleksiti dan dinamika pemikiran yang ada pada pengarah filem dan penulis skrip dalam melakukan adaptasi karya sastera ke filem dalam usaha menyerlahkan kebolehan industri filem Melayu. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 8 |
Pages: | 201-223 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116344+Source01+Source010.PDF | 475.29 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.