Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578942
Title: Konflik melayu patani dengan pihak berkuasa Thailand: kajian strategi retorik dalam laman sesawang
Authors: Sohaimi Abdul Aziz (USM)
Keywords: Konflik politik
Melayu Patani
Kajian laman sesawang
Strategi retorik
Issue Date: 2016
Description: Konflik politik antara Melayu Patani dengan kerajaan Siam-Thai (Thailand) telah bermula semenjak abad ke-16 lagi. Dasar “siamisasi” telah menyemarakkan lagi konflik politik ini. Konflik ini berlanjutan dengan beberapa pendekatan untuk menyelesaikannya sama ada secara bersenjata ataupun melalui perundingan oleh kedua-dua belah pihak yang terlibat tetapi masih gagal. Kaedah penyelesaian sentiasa berubah mengikut tuntutan keadaan dan masa. Pada hari ini konflik berkenaan memasuki era media baharu yang lebih terbuka. Media baharu ini menjadi alat untuk menyuarakan pandangan mereka tentang konflik politik yang terjadi. Tujuan kajian adalah untuk meneliti bagaimana media baharu dimanfaatkan untuk menyuarakan pandangan mereka tentang konflik yang terjadi dan apakah strategi yang digunakan untuk mempengaruhi masyarakat yang rencam dan luas itu? Kajian ini merupakan kajian sesawang yang berasaskan analisis tekstual yang menggunakan analisis diskursif dan retorikal, serta budaya. Kajian ini mendapati bahawa pandangan yang berkaitan dengan sejarah, kekejaman, kematian, kebencian dan kemusnahan ekonomi dan sosial kesan daripada konflik yang terjadi mendapat tempat dalam laman sesawang dan laman blog yang dikaji. Strategi retorik patos, etos dan logos telah digunakan untuk mengemukakan pandangan mereka tentang konflik politik antara Melayu Patani dengan pihak berkuasa Siam-Thai.
News Source: Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu
ISSN: 1675-6460
Volume: 8
Pages: 257-287
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116343+Source01+Source010.PDF960.23 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.