Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578940
Title: | Lirik lagu perjuangan melayu-islam Patani dalam media baharu: suatu analisis |
Authors: | Rahimah A. Hamid (USM) Md. Salleh Yaapar (USM) Syahidatul Munirah Badrul Munir (USM) |
Keywords: | Patani Autoriti Lirik lagu perjuangan Media baharu Naratif pejuang-penjajah |
Issue Date: | 2016 |
Description: | Makalah ini membincangkan fungsi lirik lagu perjuangan dalam masyarakat Melayu-Islam Patani. Dalam kajian ini lirik lagu perjuangan yang disebarkan menerusi internet diteliti. Lirik lagu perjuangan ini bertujuan untuk membangkitkan semangat masyarakat Melayu-Islam Patani, sama ada yang masih menetap di Patani, ataupun yang telah berhijrah ke tanah asing. Diksi yang membakar semangat perjuangan dalam lirik yang dilagukan oleh segelintir insan seni dalam kalangan masyarakat Patani itu, kemudiannya disebarluaskan melalui alat media baharu seperti youtube, facebook dan blog, dengan hasrat agar suara mereka didengari sehingga ke seluruh pelosok dunia. Bagi kajian ini, teori Max Weber tentang autoriti atau kuasa, yang mencakupi aspek kewenangan, kekerasan seperti penggunaan senjata, dan juga karisma akan digunakan dalam penelitian lirik lagu tersebut. Pada akhirnya makalah ini menyimpulkan bahawa lirik lagu perjuangan berfungsi menyatukan masyarakat Melayu-Islam Patani untuk terus berjuang membebaskan tanah air, bangsa, bahasa dan agama mereka di wilayah bergolak di selatan Thailand. |
News Source: | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu |
ISSN: | 1675-6460 |
Volume: | 8 |
Pages: | 288-309 |
Publisher: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Appears in Collections: | Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_116341+Source01+Source010.PDF | 464.72 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.