Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/578933
Title: Analisis pengaruh unsur fiqh tempatan dalam kitab Al-Sirat Al-Mustaqim karya Shaykh Nur Dl-Din Al-Raniri
Authors: Jamalluddin Hashim (UNISZA)
Abdul Karim Ali (UM)
Hasanulddin Mohd (UNISZA)
Keywords: Isu fiqh tempatan
Al-Sirat al-Mustaqim
Shaykh Nur al-Raniri
Kitab fiqh klasik
Terjemahan
Issue Date: 2014
Description: Makalah ini bertujuan meneliti pengaruh unsur fiqh tempatan yang terdapat dalam penulisan manuskrip kitab al-Sirat al-Mustaqim (Kitab al-Taharah dan al-Salah) karya Shaykh Nur al-Din al-Raniri. Al-Sirat al-Mustaqim merupakan kitab fiqh berbahasa Melayu yang pertama sekali dikarang di Nusantara. Seorang orientalis Barat pernah mendakwa bahawa karya ulama Melayu lebih berbentuk terjemahan ke dalam bahasa Melayu daripada kitab fiqh klasik yang ternama pada masa itu. Maka, matlamat kajian ini adalah untuk melihat sejauhmanakah kebenaran dakwaan tersebut dengan menjadikan kitab al-Sirat al-Mustaqim sebagai teks kajian. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dengan tumpuan terhadap data berasaskan manuskrip al-Sirat al-Mustaqim. Data diproses secara kualitatif mengikut tema khusus berdasarkan ilmu sejarah dan dikemukakan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan wujudnya beberapa isu fiqh tempatan yang yang dinyatakan oleh Shaykh Nur al-Din al-Raniri dalam kitab al-Sirat al-Mustaqim. Penemuan ini membuktikan dan menunjukkan kepekaan beliau sebagai ulama terhadap suasana kehidupan masyarakat Melayu yang melibatkan hukum-hakam syarak. Hal ini secara tidak langsung menolak dakwaan orientalis tersebut.
News Source: Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu
ISSN: 1675-6460
Volume: 7
Pages: 1-24
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Appears in Collections:Journal Content Pages/ Kandungan Halaman Jurnal

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_116337+Source01+Source010.PDF900.83 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.